Today :

31 Disember 2010

Gua Menaip Ketika Senyuman Di Sarung Pada Muka

Azam gua tahun ini adalah menunaikan azam tahun lepas yang tak dapat di laksanakan lagi.Dan Azam tahun depan ialah menunaikan azam tahun ini yang akan di postpone dari tahun ke tahun.Haish.

Tahun depan tukar perkataan Azam kepada Ajal.

Biar ayat orang.Ajal gua tahun ni.."bla bla bla".Baru beringat sikit.

Setiap tahun kerajaan akan menghabiskan duit yang banyak demi untuk mempamerkan bunga api yang cantik-cantik.Apa kata kita sarankan tahun depan kerajaan hanya akan pamerkan Cinta Bunga Lestari.kan cantik jugakan .

Rupa gua yang sebenar.

Jumaat Dari Sudut Hati Budak Asrama

Jawe merapatkan muka di depan cermin sambil menarik rapat kulit pipinya kebelakang bagi memastikan giginya betul-betul tersembul di hadapan cermin.Diperiksa setiap persegi inci longkang giginya.Mana tahu jika ada sisa-sisa daging yang terlekat akan menjatuhkan sahamnya.

Setiap kali jummat memang kami di jamukan masakan daging kicap oleh dewan makan asrama.Kalau miss makan hari jumaat kira rugi besar.Rugi macam kalah judi.

"dah siap ke ?" terjah gua melulu ke arah jawe yang rakus membuat pemeriksaan gigi sendiri di loker peribadi.

"Sudah".terang Jawe ringkas .

"Dah lambat ni.Jom,bas dah tunggu.jangan lupa bawa sehinggit tau." kata gua sambil memberi amaran.

Joe masih terbaring di atas katil sejak tadi memandang syiling yang berlubang di penuhi parut-parut contengan pelajar-pelajar terdahulu seperti " Karim was here " dan " Cikgu Ramli gay ".Itu baru sikit,paling seni dalam tandas.Gua tak boleh lupa.Tulisan dia berbunyi macam ni.

"Siapa conteng dekat sini dia bodoh".

Gua yang tadi stenbai lama di pintu dorm.Di datangi jawe untuk turun bagi mendapatkan perkhidmatan bas sekolah yang membawa rombongan asrama ke Masjid berhampiran sekolah.

Tiba di masjid budak-budak meluru-luru berlari mendapatkan saf hadapan.Saf hadapan kedai tofu fa.Dia punya sedap lain macam.Sampai gua pun konfius dulu gua pergi masjid nak semayang jummat atau pekena tofu fa depan masjid.Tapi janji gua pegi juga walaupun niat samar-samar.

Gua dengan jawe macam brotherhood sikit .Kami dah kautim kalau minggu ini dia belanja.Minggu depan keluar duit poket gua pula.Tapi selalu bila sampai turn dia.Mesti minggu balik kampung.Macam cilakak.Makan tofu fa sulam dengan pisang masjid.Memang stail gila.

Selesai imam memberi salam.Bas pertama di pandu Uncle Siva sudah bertolak balik ke sekolah.

Macam ini punya skill pun ada.Gua dan Jawe selalu dapat naik bas trip ke 3 dan 4.Tapi tak ada apa yang di kejar.Melainkan minggu balik kampung.Nescaya gua berapa di bas Uncle Siva.

Semasa perjalan balik dari masjid ke asrama gua sempat megeluarkan kepala dari tingkap bas.Memberi ucapan dan saranan kepada budak-budak sekolah rendah yang melintasi jalan di hadapan sekolah gua.

"Belajar rajin-rajin nanti boleh masuk teknik." sambil di sudahi dengan senyuman suci.( Bukan gua starting buat benda ini.Sumpah.)

Setiba di dorm,kelihatan kelibat Joe masih baring di atas tilam kini dalam posisi membaca komik penyiasatan remaja.

"Weh,apsal kau tak pergi semayang ?" soal gua buat ramah.

"Tiada paksaan dalam islam".pinta Joe tenang.

Nasib kulit dia hitam macam Kugendren india dorm sebelah.Kira gua seatle macam tu je la.Walaupun gua tak berapa suka orang ponteng Jumaat.Tapi dia makan lembu kat dewan makan tadi.

Dia murtad kah ?

Sekarang Gua Sibuk Training Bola Siang Malam Pagi Petang


Gua akan pastikan liga akan datang .Gua akan jadi kegilaan ramai gadis-gadis.

Tak jadi Seraiker.

Keeper pun jadi la!

28 Disember 2010

Pegalaman Cinta Pandang Persegigi

Farid memerhatikan lenggung punggung Cikgu Rohaya dari belakang yang sedang menulis di papan hitam dengan penuh khusyuk dan tawadduk.Syafiq,Imran, dan Safwan pula bergiat keras bermain binggo.Murid-murid yang lain ada yang tidur.Dan ada pula yang tak sabar menanti loceng rehat.

Begitulah situasi kelas Cempaka bila subjek Matematik di ajar.Gua sangat suka matematik dulu.Maklum lah hanya tambah tolak secara runcit-runcit.Gua rasa tidak terlalu rumit bagi kanak-kanak .Tapi macam ada yang tidak kena hari tu.Runsing bukan main lagi.Kecik-kecik gua dah pandai runsing.haish.

Sekejap gua duduk meyandar,sekejap gua tongkatkan kepala.Gua tetap tak selesa.Gua tarik nafas panjang dan megeluh .Farid yang perasan dengan ketegangan gua mula mengelengkan kepala.

"kau kenapa ? " terjah Farid.

Gua hanya duduk diam sopan-sopan.buat-buat bodoh.

"kau sakit ke ?" gasak Farid lagi.

Gua diam.sambil memandang sinis wajah Farid.Bergerutu dahi Farid kerana niat murninya di pandang serong oleh gua.

Kebetulan Cikgu Rohaya terpandang perbualan gua dan Farid.Lantas memanggil Farid ke hadapan menjawab soalan.Sempat lagi Farid megeluarkan sikat dari kocek belakangnya megemas-gemas rambut ketatnya memastikan kawalan kualiti yang terakhir.

Tanpa perancangan jawapan di minda Farid melangkah gagah kehadapan.Kagum umat kelas 3 Cempaka time tu.Dengan konfiden Farid menjawab dengan mengunakan sempua cina.Selesai menjawab.Cikgu rohaya membuat semakan terakhir.

"Salah". jawab cikgu Rohaya tenang.

Muka Farid yang tadinya sangat cool bertukar kepada kepada cuka seperti peserta realiti TV yang tersingkir pada minggu ini.Sudah pasti tiada siapa akan afundi masuk pelajar gemuk seperti dia lagi.

Pandangan mata Cikgu Rohaya beralih pada gua.Gua mula cemas berbau panik.Kerunsingan tadi masih belum hilang di tambah dengan masalah matematik.

"cilakak Farid"raung hati gua.

Nama gua di seru kehadapan oleh Cikgu Rohaya bagi meyelesaikan soalan di hadapan.Dalam kegamatan kelas yang sedang mentertawakan Farid.Dia , Nurul Huda hanya diam tersipu di sudut kelas.Dia memerhatikan gua.Tiba-tiba gua jadi semangat.Semangat apakah ini?

Gua yang sedang runsing tadi.Tiba-tiba gua jadi steady.Gua senyum stail tak kaver gigi dah.Gua jawab sambil tak pandang soalan.Selesai menjawab berdiri sebelah Farid.Gua tau jawapan gua salah tapi gua tetap senyum nampak gigi.

"Apsal senyum? kan salah juga ". bingkas Farid.

"Tu dia tengok aku " balas gua.

"siapa ?" tanya farid sambil memerhati makwe-makwe di kelas.

"Nurul Huda" jawab gua bangga sambil mendada bagai serama.

"gila kau diakan takde gigi dua batang kat depan" jawab Farid hairan.

"Cinta itu buta farid" balas gua berbunga-bunga.

*****

Cinta pandang pertama memang senyum nampak gigikah ?Kalau kes tak ada gigi macam mana kira?


Semangat Patriotik Sukerno

Tiada percutian terindah melainkan di kampung.Menikmati hidangan tudung saji perbagai menu setiap hari merupakan rezeki paling berharga dan variasi.

Ah gua suka pembuka kata pagi ini,Ulang!

Percutian di rumah ialah percutian tanpa kos!kah kah kah

Seperti biasa pagi ni gua bangun dengan kelaparan membuak-buak.Gua tak banyak kompelin di rumah kerana kebanyakan masakan menepati citarasa.Tak perlulah kuathir dengan status halalnya.Sudah pasti tiada kandungan lemak babi dan ayam kepak kepala.

Oh,selalunya sarapan pagi di masak oleh bibik.Menjamu seisi rumah makan.Okey,balik kepada situasi.Gua selaku abang sulong memang sinomin dengan perasmi sarapan pagi.Gua bukan apa,sayang famili la katakan.Mana tau ada racun ke?Dah basi ke?

Ekoran kelaparan melampau mandi pagi,Dengan bermodalkan tangan kanan baru di basuh.Gua dengan rakus membuka tudung saji.

"Kosong? ." bentak gua.

"Bibik oh bibik" panggil gua manja.

"Iya,ada apa ?" kelihatan bibik datang dari depan sektor perumahan selepas meyiram pokok.

"Tak masak ke ?" acu gua dengan muka lapar.

"Tak boleh masak , Ada orang suloh laser ! ". dengan muka seriyus bibik menjawab.

Gua dah stenbai bunga ong bak!

27 Disember 2010

Dalam kesihatan gua sekarang yang sedikit kacau dengan banyak acara.Gua ambil beberapa hari berada di kepulauan Pangkor.Tempat isolasi ini kekurangan akses web.Secara tidak langsung gua sangat sukar mencari kompenan mekanisma maya bagi menghantar sekeping posting sekali pun.

Gua ingat sudah cukup selamat di sini.Rupanya disini ada sekeping surat sikit pun gua tak goyang.

Gua ketemu satu surat.Surat yang berbau hanyir.Jijik dan rakus.Gua ringkaskan isi kandunganya supaya mudah di fahami semua golongan.


"Aku akan pastikan hidup kau binasa"

PTPTN

26 Disember 2010

Cerita Bola Dari Kaki Penaja

Kepincangan dalam bola sepak bola kini terjawab apabila bomoh Indonesia mengunakan mantera
" saya gay, saya ok " telah tewas dengan mulut masin gua yang berkongsi meja makan dengan bibik dari Indonesia.

Secara tidak langsung barulah semangat kesukakanan dapat dipupuk dari ruang tamu rumah.

Selain itu juga, Pemain Malaysia mengunakan tackle keras ke atas pemain Indonesia.Bagi memastikan tindakan Malaysia betul-betul agrresive.

Gua sangat Aggresive menaip walaupun hingus meleleh bertubi-tubi.



"Kita perlu aggresive barulah memberikan tekanan kepada mereka"
Rajagopal



Kemampuan Berfikir Di Luar Kotak Penalti

Malam itu,gua tidur seperti biasa.Seperti manusia bujang normal.Cukuplah sekadar beralaskan bantal di celah kangkang .Dalam asyik dibuai mimpi.Gua dapat rasakan kaki gua di gigit oleh seekor serangga.

Pek!

Tindakan reflek gua masih di tahap memuaskan.Sambil gua menghayunkan tubuh ke tilam semula.Tidurlah gua dengan bersungguh-sungguh menunggu subuh.

Bila fajar mula meyinsingkan cahayanya memasuki celahan jendela.Gua perhatikan dari luar.Puing-puing salji mula berguguran.Makin jelas bila gua merapatkan posisi muka di bingkai cermin.Adakah gua bermimpi?

Gua cuba berikan sedikit tamparan ke atas diri sendiri.Namun,masih jelas.Memang sah lagi.Malaysia dah ada salji.Lahirlah kuntuman senyuman dari bibir gua seketika.Kesejukan yang amat ketara mula menguasai diri.

Rasa macam tak boleh tahan lagi!sejuk gila babi!

*****

Semalam Dokter bagi MC tahu.Gua didapati demam!



Nota Tepi :Kenapa dokter selalu tanya gua sakit apa? Kalau gua tahu gua sakit apa.Baik gua yang jadi dokter.Haish..

23 Disember 2010

Dekatkan Telingga Kau Buat Pertama Kali Aku Cerita Pasal Terminator Pertama Di Malaysia

Gua rasa ramai di antara kalian yang tidak tahu tentang kehidupan gua yang penuh berliku semasa kecil dahulu.Gua tidak di besarkan dari darah daging sultan mahupun jutawan minuman peramping .Jika tidak sudah pasti gua ada gaya rambut yang menawan bukan?

Kalian tahu apa pekerjaan Mahazir? Siapa Mahazir ? Iya,dia abah gua.Dia seorang guru.Guru geografi lagi.Jangan tipu pasal bentuk muka bumi dan di mana lombong biji timah di Malaysia. semua dicelah giginya sahaja.Dia GPS analog tahu.

*****

Lokasi TV2 : Night Action

John : Now dont take this the wrong way , but you are a Terminator right ?

Terminator : Yes Cyberdyne system Model 101.

( Teng Teng Teng Teng Teng, Teng Teng..Muzik Background ).

Tiba-tiba.

Zap..!

Gua megelak ala-ala Mc Gyver.Tapi gua silap.Mc Gyver mana boleh calen Terminator. Bersepai badan gua.Gara-gara tidak baca buku.Sudah Menjadi rutin anak-anak Mahazir untuk mengulang kaji pelajaran setiap malam.Ulang lagi,setiap malam okey.

Jika kalian dapat meyaksikan Terminator dari kaca TV.Kalian kurang pendedahan awal 3D.Gua agak bertuah sejak di bangku sekolah sudah di dedahkan dengan teknologi 3D dari rumah.Cool bukan ?Berhadapan dengan Terminator pandai geografi.

Jadi tidak hairanlah gua menangis dan terkedu bila meyaksikan sinetron Senario sekali pun .( Lepas kena cok slam baru boleh tengok TV ).

Oleh itu,Terminator juga sangat berdisplin memastikan hari-hari gua di habiskan dengan aktiviti berfaedah tanpa dadah.Kalian tahu apa Terminator pesan dulu ?

"Jika abah tau kau isap rokok,abah cincang kau".

Caring bukan? sebab itu gua tidak merokok sampai sekarang.Memang berkesan cara abah gua.Gua harap gua akan guna pakai untuk anak-anak gua kelak.

Gua dilahirkan di tepi laut.Oh ,untuk pengetahuan selain megendap anak dara orang di tepi laut.Gua juga suka memancing.Pada sekitar tahun 1994,hobi gua semakin serius.Gua lebih cenderung memancing sehingga lupa makan,minum dan juga rancangan Along.Gua rindukan Siti Sifir sebenarnya.

Akibat hobi gua semakin sukses dan ekselen.Pembelajaran gua turun secara bertubi-tubi sehingga gua di suruh kata " jangan malas 1000 kali pada pintu bilik " oleh Terminator.

Dasyat bukan ?Itu gua anggap seksaan sebagai tahap 1 .

Tapi Mahazir pernah megamuk sambil urat hijau timbul di dahi sekitar 1995 dengan wajah yang bengis memanggil nama gua.

Kali ini tahap 5.Bila tiba tahap 5.Isteri Mahazir sukar baking gua lagi.Abang-abang sedara dan sahabat handal Mahazir pun gagal menahan dia.

Seperti kata-kata terakhir Terminator "hasta la vista bebeh".

Dengan lantang dia memanggil ..

" Hasbullah !" secara berulang kali dan tidak terkira harakatnya.

Sedang gua ketawa bersungguh-sungguh ke atas adek gua.Sekarang gua hanya sempat berlari keluar rumah.

Bagaikan serigala dan halintar pecutan gua melambai-lambai dan menahan motor penduduk setempat yang memang masak dengan karenah Mahazir.

Without order , secara automatik penduduk akan memberhentikan motor memberi seat pembonceng buat gua.

kalian tahu kemana halatuju gua? rumah Tok gua atau Teratak Rafeah.Tok gua sangat femes di Pangkor kerana kejayaanya menundukan keganasan Terminator pada masa itu.

The Final Destination buat gua.

Disini gua selamat.Tok gua sangat cool tahu.Dia tak pernah marahkan gua walaupun sering kali gua memcampakan kucing dan ayam ternakanya ke dalam laut melalui titian nelayan.kejam ?
tidak nakal itu lebih manis.

Iya gua lupa menyatakan kesalahan gua tadi,Ingin tahu ?

Gua cukur kening adek ala-ala Mr Spock .


Perbualan 2

Walaupun tekanan kerja banyak jatuh ke riba.Gua dan Amin masih cool macam selalu.Macam biasa.Bila cukup waktu makan.Masing-masing melontarkan posisi di meja makan kedai makwe siam berdekatan sektor pekerjaan.Kami borak masalah dunia.Walaupun dunia maintain tanpa kami.

Sambil mengigit strow.Gua dengan secara sengaja menanyakan soalan kepada Amin.

" Barang apa yang kau rasa paling berharga kau curi min seumur hidup kau ".

Amin diam sambil berkerut dahi memberi jawapan paling bernas dan releven.Lepas 9 saat berfikir.

Dengan selamba tanpa rasa belas kasihan Amin menjawab.

" Makwe orang.Sekarang dah jadi makwe aku ".

Gua terpegun dengan jawapan dia walaupun kadang-kadang rasa nak paranawei kepala dia.


Amin 26 Tahun , Sudah di miliki & masih teruna

22 Disember 2010

Harap Salji Tak Tebal Sangat

Mencarut-carut perut gua pagi tadi.Umpama 5 tahun tak makan nasi.Gua singgah kedai makwe depan BHP beli nasi lemak dan 2 ketul karipap penambat hati.Tapi dia senyum pun tak kasi.

Ringan dah kaki.Tapi gua masih cool anggap tiada rezeki.

Masa gua pulun makan tadi.Gua teringat nasi lemak dekat Ipoh.Sebiji rasa resepi.Posisi kedudukan sambal dan timun pun lebih kurang serupa.Terus gelabah hati rasa rindu kampung sendiri.

Kalau di Kolompo musim hujan.Agak-agak di Ipoh mungkin saljikan?

Tak salah rasanya kalau gua stenbai 2 3 helai baju berbulu tebal.

21 Disember 2010

Perbualan

Lokasi : Kedai Makan berhadapan Koi Kinrara.

Pap ! Pap ! Pap ! ( bunyi larian anak ).

Berlari-lari anak keling itu mendapatkan ibunya sambil memeluk erat peha ibunya seperti tidak mahu melepaskanya dengan mata berkilat serta kaki berbirat.

"Ama ..! Ama..!" Pung Pang Pung Pang ( Bahasa Tamil ).

Gua gagal terjemah harap maaf semua.

Gua sedang bersidai santai breakfast bersama Amin sambil pekena nasi goreng dan kopi suam.

Amin : Hah..ni mesti kes curi duit mak pegi cc ni.

Gua : biasa la..sembang macam keling lah ni.. Kah kah kah.

Amin : nasib la mak dia tahan.Tidak mesti bapak dia cok slam lagi sekali.

Gua : Pagi-pagi dah main rayet-rayet anak apa cerita ?

Amin : Dulu bapak kau garang tak ?

Gua :

Pergh..jangan cakap la..mula-mula rotan.Tapi tak ada kesan.Dia try tali pinggang pula.Gua steady lagi.Siap boleh usik adik lagi lepas tu.Start dia smack down pakai tangan. Mak gua banyak baking gua.Lepas itu mak gua nangis-nangis dan akhirnya bapak gua termakan hasutan.Dia dah tak pakai tangan lepas tu.

Amin : lepas tu dia pakai pulak lepas tu.

Gua : Kaki !

20 Disember 2010

Dari Kolompo - Bukan ke Machasta 2

Perjalanan di atas lebuhraya Utara -Selatan tidak makan masa terlalu lama seperti kami membuang masa mencari lokasi Homestay di Pendang atas kesilapan lidah seorang sahabat yang gua tak boleh nak tulis namanya.

KEDAI BORONG BRADER! bukan BURUNG! .

(gua tak salahkan dia ,dah memang lidah dia pendek ).

Sebutan jahanam kedai burung dia buat kami sesat tanpa kompas dekat sejam!

Atas usaha yang gigih dan poket yang mendidih akhirnya.Kami tiba di homestay abah Husni iaitu bukan geng bintang tiga merangkap rakan serumah yang meyediakan tempat tidur untuk aktiviti esok.

" Apa ni Husni letak kuali depan ruang tamu ". terjah Bukan Abg Raba sejurus menbuka pintu rumah.

"Kah kah kah ".Dengar dari ruang tamu rumah.Gua melulu masuk untuk meyaksikan sendiri insiden itu berpunca dari apa.

Tergamam gua.Hilang megantuk gua tadi.Gua ingat ini kuali memang layak duduk depan ruang tamu.Gua hanya terduduk dan cuba hantukan kepala di dinding serta gelak guling-guling.

Jangan cuba-cuba beli TV jenama Quayle! kah kah kah.

19 Disember 2010

Dari Kolompo - Bukan ke Machasta

Redup pemandangan Jejaka Penang di highway utara-selatan.Matanya fokus di garisan pembahagian jalan.Hujan agak lebat membuatkan matanya lebih bekerja keras.Sayu ke udara nyanyian Mega -bayangan gurauan memotivasikan lagi pemanduanya di selangi debat perdana dari Syam dalam loghat utara yang posisi bersebelahan dreber.

Kelihatan dua tiga buah kenderaan di bahu jalan yang terlibat dalam kemalangan langsung tidak mematahkan semangat kami meneruskan perjalanan ke Pendang menghadiri majlis pertabalan raja sehari Pendekar Mustar.Sebanyak 3 biji kereta meyertai konvoi runcit-runcit ini.

Yuran perjalanan paling mahal di gondoli oleh kereta gua.Kerana isi kandungan dan muatan hanyalah 3 orang berbanding 4 orang bagi kereta yang lain.Di sogokan lagi dengan kekuatan fizikal Supra Jejaka Penang yang menghisap minyak bagai air.Demam poket gua malam tu.Seluk kocek pun terasa panasnya!

Gua selaku penumpang berkhemah,pasrah dan tawadduk yang menumpang di belakang.Hanya pamerkan kehebatan tido gaya bebas dan tekun mendengar debat perdana orang utara.Gua tak berapa risau stuktur jalan di utara.Jejaka peneng selaku dreber memang ekselen selok belok sini.Sempat juga gua cilok-cilok mencelah dengar mereka berdebat.Tapi suara gua seakan-akan tengelam mungkin Supra terlalu laju membuatkan suara gua kebelakang.

Akibat jalan yang lengang pada kepekatan malam.Jejaka peneng menekan rapat pedel minyaknya.

"Laju..Laju..laju..slow skit.." gua mencelah sambil mata tersuloh pada meter Supra jejaka Penang.

"Hang goyang ka tengok meter aku sampai 180 ka ?" balas dreba supra.

"Aku bukan tengok meter speed!Aku tengok meter minyak" laju macam air.Balas gua rakus.

Syam hanya tersenyum tanda sokongan padu dan nasihat konsistan daripada gua.Akhirnya kenderaan kembali normal walaupun poket cedera parah!

Tiba-Tiba STFU bukan Slogan Lucah!

Tiba-tiba tukar Tajuk.Hairan,Tiba-tiba .Memang secara tiba-tiba.Tiba-tiba itu apa?Sesuatu yang tidak pasti.Banyak sangat tiba-tiba dalam hidup gua ni.Jadi tak salahlah gua tiba-tiba tukar Title .

Sangat tiba-tiba bukan?

Tiba-tiba korang tak tinggal kompelin.Tiba-tiba gua rasa karya gua tidak di hargai.Tiba-tiba korang komen.Gua rasa semangat nak tulis kisah pergi Pendang ni.Kah kah kah.

Jangan biarkan hidup anda di selubungi dengan Tiba-Tiba.

Pastikan sentiasa ada kemenangan dalam tiba-tiba.


"Kurangkan kontrobesi ,Tambahkan obesiti"
Licai
Pen.Pegawai Kanan Tanah Tapah

16 Disember 2010

Fakta Semasa Saya

1. Semalam goal yang outside tu.Memang tajam.Teringat zaman gua jadi star di bangku sekolah rendah dulu masa PJK.Walaupun permainan di separuh masa pertama agak hambar.Tetapi akhirnya kaum asia pemakan kucing dan anjing itu berjaya di jinakan oleh Malaysia.

2. Sekarang rumah gua agak sibuk.Setelah bancian di buat.Terdapat 1 lagi kuota kekosongan katil ini kerana Pisang telah berjaya bergelar seorang suami orang.Walaubagaimana pun,budak rumah 24 pantai hill park berharap agar Pisang berjaya menubuhkan 1 pasukan ragbi dengan bilangan anak yang bakal di lahirkan kelak.

3. Pada sabtu ini juga akan berlangsung satu lagi pertabalan raja sehari Pendekar Mustar di Pendang.Kami akan beramai-ramai konvoi ke sana menjayakan majlis persandingan beliau.Mengikut kata beliau tema yang di gunakan berwarna hijau ini bercanggah dengan hari Natal tak lama lagi.

4. Ekoran pemergian Pisang dan Pendekar Mustar dari rumah sewa ini.Maka penempatan mereka di musnahkan.Ini bagi megelakan reaksi buruk dan tanggapan negetif terhadap kemusnahan persekitaran yang di lakukan mereka.Kini kehadiran rakan baru dari Universiti Malaya menimbulan tanda tanya tentang status seksualoginya.

5. Dia suka webcam sambil gentel bulu dada!

Taniah Pisang & Isteri

14 Disember 2010

Pegalaman Skodeng Bersama Alang

"Putih melepak cakap hang! .Besar dia..Perghh.!." suara Pendi sambil mendadak dada di hadapan gua.

Gua bagaikan di pukau seketika.Sama juga dengan Alang (hampir nama sebenar) sepupu gua masing-masing kagum dengan pegalaman Pendi petang semalam.Jam 12.00 tengahari.Hati gua tidak tenteram.Hanya kata-kata Pendi yang masih kuat bertapa di minda gua.Begitu juga Alang.Posisinya di bangku pun sudah mula berubah-rubah.Masing-masing gelisah menunggu loceng berdering.

Tepat jam 1.30 petang waktu tempatan.

Kring~ ( dibaca dgn 6 harakat ).

Gua berlari dengan menuju ke basikal jipang gua koleksi abah yang beli.Gua tidak hiraukan lori Hijau yang menyajikan milo percuma kegilaan budak-budak.Apa barang minum milo,macam budak-budak sekolah !

Pergerakan gua rupanya di hidu oleh sepupu gua.Tak sempat gua capai stering basikal gua.Alang sudah pun sedia duduk di belakang sambil tersengih kerang.

" Takkan nak pegi sorang kot..stim sorang-sorang nampak " celahnya menghangatkan lagi suasana.

" bodoh, diam-diam la..ramai-ramai senang kantoi " pintas gua.

Gua dapat rasakan Alang akan menjadi beban kepada diri gua atas faktor penumpang obes di seat belakang tanpa keledar keselamatan.Dengan berat yang mencecah paras merbahaya.Secara tidak langsung melambatkan pergerakan kami.

" dah fikir masak-masak ni ? " tanya Alang riang.

" Abis hang tak nak matang awal ke ? " jawab gua angkuh.

" ok bukan slalu kita pegi skodeng ni.Rugi la duduk Pangko tak amerika langsung la kalau tak tengok" balas Alang meyakinkan gua.

Berbekalkan baju sekolah berdaki dan seluar koyak di lutut.Gua gagahkan ke tapak destinasi.Gua punya pancit boleh tahan la.Pangko mana ada jalan stright.Semua nak bukit-bukit.Tapi itu tidak mematahkan semangat gua selaku budak sekolah paling advan era itu.

Perjalanan seharusnya megambil masa 30 minit dari sekolah ke destinasi.Ekoran bebanan yang di bawa.Perjalanan tersasar sehingga memakan masa 1 jam 10 minit.

Kedengaran bunyi ombak mehempas pantai menaikan lagi aroma dan keberanian kami.Di suntik lagi dengan angin lembut yang meramas kulit yang tadi dibasahi peluh-peluh kejahatan.

Tiada apa yang bermain di fikiran gua hanya terbayangkan rezeki yang terlentang di bawah sinaran matahari yang pasti produk dari oversea.Lokal-lokal tak main la.Tak sabar rasanya gua esok nak susun cerita cantik-cantik biar meleleh air liur si Pendi.Gua kena fokus tumpukan perhatian supaya esok ada modal nak eksyen dekat kutu-kutu sekolah.


Tiba di lokasi.

Alang seperti kena sawan babi.Dia menarik-narik koler baju gua dengan cemas.Sambil gerakan tangan menberikan signal supaya kami melarikan diri dengan kadar segera.Taktik licik apakah yang cuba di pertontonkan ini bisik hati gua.

Dia seolah-olah di rasuk makluk halus.Gua pun naik panik.Lebih kurang 10 meter dari lokasi.
Alang menjeling ke pintu pantai lokasi di mana arah tangannya menunjukan tepat pada arah sebuah motor keluaran Jepun yamaha SS110 dengan suara lantang.

"Blah! blah !..motor bapak aku tu! " .

Kami pulang dengan tangan kosong.

******

Esok gua gaduh dengan Alang sebab gua tak ada modal nak eksyen kat Pendi .Gua cerita nampak motor abah Alang di tempat skodeng!

13 Disember 2010

Pegalaman Saya Berjogging

Sebagai manusia bukan mamalia dan replitia gua telah merajinkan sendi-sendi tulang empat kerat gua turun ke Tasek Permaisuri untuk berjogging.Pada hujung minggu tidak hairanlah begitu padat masyarakat beriadah bersama keluarga dalam tidak megenal usia dan jantina mahupun jenis bangsa.Semua masing-masing sibuk dengan agenda pelik masing-masing.

Dalam kedinginan embun pagi itu,gua terasa badan ini sangat energetik untuk membuat larian pecut tanpa sebarang karbon dioksida dihembus keluar dari rongga pernafasan.Jangan percaya, gua tipu.Mana mungkin manusia tidak bernafas ketika berlari.

Senam arobik gua try follow,tapi haram tak masuk taste gua.Gua tak pandai nak meyesuaikan diri dengan gaya mentadak yang di pamerkan.Serta rukuk ragbi daripada panel aksi pelik mereka.

Gua teruskan perjalanan lebih kurang 5 minit,Gua perhatikan gerak geri yang tangkas.Kali ini tiada sebarang muzik berkumandang.Gua cuba ikut dari belakang.Perlahan-lahan gua angkat kaki tinggi-tinggi.Tapi haram tak boleh sebab kangkang gua bukan kangkang bruce Lee.Gua failed Wushu.

Gua teruskan lagi perjalanan di pagi itu..

"Perlahan-lahan turunkan punggung ke muka bumi untuk megelak kecederaan, ok goyang-goyang lagi " dari arah utara megikut pandangan gua.

1 suara agak besar dan lantang sedikit dengung.

Pergh..Tarian poco-poco yang majoritinya di monopoli oleh golongan retro.Naik risau gua tengok.Takut-takut nanti ajal tiba tika sedang gelek.Gua masih dapat meneruskankan perjalanan dengan konsistan tanpa sebarang masalah.

Sempat juga gua membalas senyuman makwe-makwe obes yang sedang berlari.Maklum lah masa badan solid tak teringat pulak nak berlari-lari anak ya.

Hampir setengah perjalanan gua masih tidak dapat megeluarkan manik-manik cecair dari badan.Gua tingkatkan kelajuan tanpa menghiraukan kenaikan harga bahan api.Tapi masih gagal seolah-olah macam ada yang tidak kena.

Tiba di selekoh finishing ..

Gua kaget...

Gua buntu...

Peluh yang tadi segan keluar..Kini bercurah-curah membasahi pipi..

Bergerutu dahi gua..

Mata gua hanya fokus pada tarian sekelompok warga emas..

Ezotik ..Etnik dan bersetai...

Lengokan megikuti semua aspek irama muzik.Lebih dasyat dari sehati berdansa.Visual itu hanya meyakin gua yang umur bukanlah faktor penghalang.

Padam mood gua berlari .Gua ambil keputusan meyaksinya sehingga sesi itu tamat.

makwe-makwe warga emas dia pasang lagu Poke face!

******

Pesanan penaja : tolong jangan berimaginasi .Boleh lemah syahwat.

Lu jangan follow sangat pak cik mak cik oi.

12 Disember 2010

Nasihat Tabligh Kampung Kerinchi

Asalamualaikum .

Hairankan ? gua bagi salam . Terimalah hakikat gua dah jadi tabligh Kg Kerinchi.Kah kah kah.

Gua baru balik bertapa dari gurun sahara akibat beberapa peristiwa yang membuatkan hati kencah kelana.

Tapi gua sudah di basuh bersih oleh pendeta mentadak gurun sahara.Sungguh dasyat imaginasi anda kalau anda membayangkannya.

Dua tiga hari ni gua macam laki mati bini.Seriyus, naik muak gua lihat wajah sendiri di cermin.Zomba kg pisang lagi cool.Selaku manusia yang tahap pemikiran kurang dari 9 saat.Gua sudah di nasihatkan oleh pendeta supaya berkongsi beberapa mitos cinta yang diguna pakai sehingga sekarang.

"kalau jodoh tak kemana " hanyalah helah orang-orang tua untuk pasangan yang cintanya mustahil tak berapa gelabah.

"Mencintai tak semestinya memiliki " proganda untuk sedapkan hati yang pasangan yang kecewa.

"Cinta itu buta" Ini slogan bagi megaburi cinta pecinta mata duitan dan materialistik.

Apa cerita ni brader tiba-tiba gua sembang pasal cinta ? ayat kecewa nampak.kah kah kah.Doakan gua cepat sembuh dari peyakit pelik ini.haish...


"malas simptoms lemah iman"
Hasna Hazni 2010
kata-kata pujangga seorang sepupu
Kini sedang berada di Yarmouk University

11 Disember 2010

Fokus Belanjawan 2011

  • Susu Haikal
  • Uniform sekolah Haikal
  • RON 97 Subsidi Nelayan
  • Tempahan cadar baru
  • Yuran UTM
  • Duit main kutu
  • Kosmetik Isteri
  • Repair hubungan Atap dan Zink
  • Duit pertandingan Gores dan Kecewa
  • Yuran Kelab Masjid
  • Duit kawin

Gua harap gua dapat langsaikan sebelum tahun baru.

10 Disember 2010

Sabotaj

Hati gua rasa tak sedap.Bangun pagi pun rasa meyesal .Gua tak buat salah.Gua pasang radio kuat-kuat.Gua capai tuala kuning gua bercorak ezotik tahi lalat menuju solo ke kamar mandi.

Brang! Brang! Brang!

Gua keluar kamar mandi.Pakai baju berkolar serta seluar jean lusuh peribadi.Walaupun gua tak punyai makwe tetapi hati gua hepi.Kalau gua suka dekat makwe pun.Habis kuat gua syok sendiri lepas tu hilang begitu.Hebatkan?Tapi, ini hari hati tak rasa macam biasa.Kocak dia lebih rancak.

Sejak RON97 melonjak naik tanpa belas kasihan.Gua banyak pandu uji pacuan 2 roda daripada kereta gua.Terdetik hati yang kelana ini ingin menaiki kereta harini.Bukan gua sorang membuat keputusan drastik sebegini ramai lagi hamba abdi RON97 megambil keputusan seperti gua barangkali.

Melangah kurang sedepa, selangkah demi selangkah gua gagahkan ke kereta gua.Hati lagi tak enak.Macam ada tak kena.Kadang-kadang gua buat-buat cemas pandang belakang.Mana tau dapat kurangkan suspen dalam diri.Tapi hasilnya masih sama.

Hati makin berkocak lantang.Bermacam-macam bermain di perkarangan minda.Akibat di biarkan kereta terdampar terlalu lama di persimpangan rumah gua.Maklum la KL parking is faking.Dia punya susah cari parking boleh kecam jiwa.Kereta pun sudah tidak terbela.Lama tidak mandikan dia.Hari ini nak mandikan dia hadas besar bicara hati gua.

Tiba di hadapan kereta.Gua Dapati..

Terdapat ukiran pada cermin belakang kereta gua yang berhabuk tepu mengunakan jari telunjuk.Dua coretan pendek.Tepat dan padu.Walaupun tidak kekal di sana .Tetapi kekal di hati menusuk kalbu.Dua patah perkataan yang menjawab kerunsingan di pagi ini.


" Gay Sepi "

*****
Soal Selidik :-

Perlu ke gua cari makwe ?


bukan ini yang gua cari


"Abah tak mintak yang ada Ijazah,cuma nak cari yang pandai megaji"
Pak cik Mahazir Husin 2007




09 Disember 2010

Serangan Dua Hala

Dalam keadaan hati yang tengah gundah gulana.hati yang mencicit kesakitan.Serta kecewa yang mendadak akibat kematian isteri 2 3 hari lepas.Gua tak banyak bercakap.Gua duduk senyap-senyap .Sopan-sopan macam lelaki melayu terakhir di penjuru meja makan kedai Sala Thai.

Tidak lama kemudian,datang seorang sahabat lama dengan kaca mata sebiji ala-ala Legenda Budak Setan meyapa.

Lantas kami berborak lah.Nasiblah dia pandai berceloteh dan berjenaka .Girang juga hati gua di buatnya.Sempat juga dia sembang business dia yang kencang.Sini buka maju,sana buka maju.Kagum juga gua mendengarnya sambil terganga mulut gua mendengarnya.

Dah lama dia buat business ini bilang dia lagi.Tapi 1 pun tak goyang.Semua nampak berjaya dari segi keuntungan dan kawalan pentakbiran di bawahnya.Sejurus selepas kami menjamu selera.Gua lihat dia tergesa-gesa membelahkan diri menaiki kereta produk Malaysia miliknya.

Gua terpinga-pinga.

Sekarang apa cerita ?Goyang nak bayar ke brader ?Lu kata business lu kencang..haish..


07 Disember 2010

Gua Insan Biasa

Hujan buat perasaan melepaskan katil bagai di cabut nyawa.Gua memberanikan diri melepaskan diri dari cengkaman tilam.

"Apa barang brader hujan-hujan bangun awai " nafsu gua megelola.

Gua dalam dilema.Antara nafsu dan iman yang tipis.Gua lihat di kangkang tingkap kamar bilik.Masih gelap.Cuma bunyi siulan angin berciciran dari luar.

Gua pandang sejadah.Gua ingat pesan abah gua.Antara nak jadi orang tak jadi orang.

"5 minit je lagi brader.5 minit" kata setan gua kurang pasti spesisnya.

Serba salah antara nikmat dunia selama 5 minit tidur atau ambik air semayang.Haish..Gua dengar suara azan.Mungkin setan tadi dah mencicit lari mendengar suara azan.

Yeah gua berjaya subuh awal harini sambil senyuman terukur di sisipan air liur basi yang belum di tenyeh.

Gua mendapatkan kamar mandi lalu megambil wuduk.

Tiba-tiba gua terpandang jam di dinding.Oh Cinabeng! 8 pagi.Hanya azan dari komputer riba memberi gua ilusi indah..

Para-para tabligh sila ambil serius hal ini.

06 Disember 2010

Bergusti Dengan Toyol Bhgian 2

Jari kasar meguis-guis lebihan tembakau yang dari candu yang di balutnya.Dilagakan lidi mancis dengan sisi kotaknya untuk hasilkan percikan api pembuat nyalaan candu . Garisan-garisan latitud retro makin jelas di wajahnya.Tetapi itu bukan menghalang Ustaz Salleh untuk menbuat rondaan di bawah kawasan jajahanya.Bukan senang nak jaga budak-budak.Sering kali kadang-kadang dia mengeluh melayan karenah kami.Tapi hatinya keras mahu menghabiskan sisa-sisa hidup di sektor pendidikan.

Sejak kejadian malam kelmarin.Gua dan rakan-rakan serba salah ke atas Jiebeng.Dialah yang paling padu kena libas buloh perindu Ustaz Salleh.Timbul rasa peyesalan di hati kami.Ekoran dari peyesalan di hati masing-masing.Kami bercadang membersihkan arang di muka Jiebeng walaupun parut di punggung kami ketemu jalan buntu.

Kali ini strategik lebih intelek dan inovasi.Umpan biskut kami tak main.Teh gendut sengeh hepi biskut roti tak jadi mangsa pau kami.Gua kacau milo pekat-pekat .Acap runner nasi goreng dekat kedai Mak Lang.Licai ambik tender keluar masuk budak-budak melalui pintu.Lebih sistematik kali ini.

Kalau dulu gua takut.Kini gua excited."Berpantang ajal sebelum maut".Semua ambil posisi masing-masing.Kini lebih kepada serangan dan kurangkan bertahan terlalu lama.

Dalam kepekatan malam itu,bintang penuh di angkasa.Sekali sekali gua perhati di luar mana tau kehadiran tanpa undangan megundang perbagai musibah nanti.

Tiba-tiba..

"Tolong..Tolong..." Tolong ".

"Shhh !..." singnal tangan kanan dari licai di mulutnya.Semua mata-mata tertumpu pada bunyi.

"Tolong....Tolong..."

Dari atas katil Arie datang bunyinya..

Pap!

Licai melemparkan sedas tamparan tiga jari keatas pipi Pijoi .Dengan nada pelahan " bodoh !
time-time ni la dia nak megigau.

Suasana tenang kembali.Separuh masa pertama sudah berlalu.Tapi keputusan masih seri.Hanya Jiebeng yang tercedera masih di kerusi simpanan hasil tackle dari belakang Ustaz Salleh.Kepekatan malam itu di sudahi dengan ayam membunyikan wisel penamat malam.Toyol masih tak datang.

Gua dengan hati yang membara meminum milo buatan sendiri pagi itu.Gua lihat Licai dan Acap jemaah makan nasi goreng itu sama-sama.Pagi tu,semua sarapan dengan muka kelat.Runsing mula menghantui minda.Buat kerja apa semua tak kena.

Gua malas nak cerita panjang pasal siang.Sah-sah toyol tak datang.Dekat sebulan dua.Kes toyol ni senyap.Tak banyak kes lepas itu.Cuma kes-kes geli-geli seperti megambilan adek angkat oleh abang senior dan kakak senior yang menular ke bilik gua.Pantang muka jambu semua kena "chop".

Sampai ke penghujung gua tingkatan 1.Sejarah lama terjadi di blok tingkatan 2.Bila gua lalu nak pergi soru.Gua dengar brader-brader duk pung pang pung pang pasal toyol dulu.Ni "point" ni bentak hati gua.

Gua tak banyak bunyi.Balik bilik gua perhati sekor-sekor member sindiket.Jiebeng agak trauma dengan parutnya.Dia seolah-olah ingin tarik diri daripada segala aktiviti tidak berasaskan belia negara.Kami paham.Semua jadi malas-malas.Masing-masing buat bodoh.Endah tak endah.

Malam itu,semua nyenyak kipas speed 1,tingkap buka .Modal selimut dan bantal empuk.Dia punya feel tido macam hari terbaik tidur sedunia.Memang "in" gesel betis dekat tilam.gilu-gilu tambah syahdu tidur malam tu.Esok pagi, macam-macam hilang !

Gua punya la panas tak ingat.

"Dapat aku jet dia kaw-kaw" bingkas gua kepada licai.

Sticker blues untuk aku hilang.Gua baru beli je dekat Tepeng.Gua ingat nak tampal dekat motor milik abah gua posisi kiri white board.tapi hajat tak kesampaian.Dulu "blues untuk aku" dah boleh eksyen dekat kawan-kawan yang kita ada wawasan tentang cinta.

Gua dah tak rasa toyol punya kerja.Mana rasional toyol curi sticker .Abah dia mana ada motor.Dia nak lekat dekat mana?Gua perhati sekeliling bilik.Setiap mangsa mesti dada tengah turun naik.Mata berkilat pun ada.

*****

Kadang-kadang bukan semua jalan cerita hepi ending.Begitulah yang terjadi kepada gua dan rakan-rakan.Sehingga gua resign daripada sekolah agama tu.Toyol kami tak dapat tangkap.

Cuma awal tahun 2010-an haritu .Gua terima sms mohon maaf atas peyesalan sekor member sindeket juga atas kecurian yang di lakukannya.Apa cerita ni brader ? Patut la ini toyol curi benda pelik-pelik.Sah-sah dia pandai main snooker.ah!

Tidak akan bersambung...

Bukan toyol yang kita cari.




Sekilas Bual Dengan Pemuda Harapan Pangkor

Angin monson utara sekarang kurang kencang meyebabkan ramai pemuda-pemuda dan belia-belia Pangkor malas pergi KL (Ke Laut).Di sogokan lagi dengan kehadiran pelancong yang bertubi-tubi menbanjiri perkarangan Pulau Pangkor.Dia punya stail sesak sampai jalan pun laga-laga telinga.

Duduk Pulau Pangkor ini lah salah satu faedah tanpa cengkeram yang Pemuda-pemudi Pangkor dapat selain gelaja maksiat yang jarang di cegah.Kehadiran ikan-ikan bergincu yang pastinya di import dari perbagai produk negeri dan negara.Salah satu insietif di mana belia-belia mendapat jodoh dari luar kepulauan tanpa keluar dari skala pulau.Tapi bila malam menjelma Snoker Ah Seng je yang boleh harap.Yang lain semua lampu padam.MB sekarang orang pangkor.Apa cerita ? Seben Eleben pun tak ada.Haish..

Tujuan gua ke Pulau Pangkor bukan nak bercuti.Tapi saja nak balik tunjuk-tunjuk muka.Takut orang mengata sambil mencuci dosa dan nama.Gua nak padam nama tanggang di dahi dan mentality kawan-kawan.Dekat sini dia punya nasi lemak bukan macam Kolompo. 2 Hingget tapi ikan bilis sekeping dan kuah cabai yang ceroi.Pangkor sehingget pun boleh dapat ikan sekor yang montok dalam nasi lemak serta timun.

Pendek cerita, Gua bertembung dengan Fendi di Jetty Pangkor( comfirm nama sebenar ).


"Hang apa cerita ?" gua meyapa.

" Aku sekarang bizy gila babi.Sampai nak pekena lepak dengan kawan pun tak ada masa " sambil memaparkan wajah serius sambil membalas pesanan ringkas.

Kata-kata beliau meimbulkan sedikit riak di hati kecil gua.Maklum lah pemuda-pemuda pangkor juga ada potensi dan wawasan.Hairan gua,setahu gua Fendi ni pemalas.Paradigma apa yang dia cuba tonjolkan.

"Hang bizi buat apa ? " gua tanya lagi.

"Aku sekarang bizi meganggur." Balas Fendi dengan muka masih serius.


*****

Lokasi:Belakang rumah Tok gua. Apa macam Steady tak anak-anak buah gua? Jangan stim sudah.

04 Disember 2010

Catatan Dari Seberang

"Mau pegi mana seh ?"

Gua perhati perilaku seorang mamat indon megacukan soalan kepada rakanya di dalam tandas R&R hentian Tapah.Sambil megeluarkan sikat dari kocek belakangya merapikan rambut-rambut yang kusut masai.

Gua tak banyak buang masa di hentian itu.Demi detik bermakna yang bakal di hadapi sebentar lagi.Hantar beberapa kilo dari hentian menuju Bandar Ipoh yang bandarnya bebas dari kutu-kutu indon dan bangsa Asia jawa kesat.

"Ku mencintaimu ..Lebih dari ..~" bib ! jari telunjuk menekan butang SKIP tanda protes lagu seberang.Iramanya makin menjadi-jadi siulan radio Malaysia sejak akhir-akhir ini.Populasi Rakyat Sokerno memonopoli beberapa daerah di sekitar Kolompo apa yang gua lihat.

Dua tiga siaran gua skip.Masih sama aspek degungan suara mirip seberang.Gua jadi bengang dan berang.Nasib baiklah ada cakera padat Rock Otai entah milik siapa .Sejuk terus hati yang tadi membara bagai gila.

Tidak lama kemudian,kelihatan neon-neon lampu dan kerlipan cahaya lampu dari bibir jalan.Menandakan gua sudah memasuki kawasan jajahan Majlis Bandaraya Ipoh.Kalau pekena char kueh teaw dekat Dataran "care" juga bisik hati gua.

Gua memusing gelanggang Dataran mencari parking.Sering kali gua ditipu oleh Kancil dan Viva dari pandangan jarak jauh.Ini semua tidak dapat menghalang gua dari pekena char kueh teaw.Akhirnya,nasib tidak meyebelahi kereta di belakang gua apabila gua terlihat parking cun di celah-celah Jep milik Kerajaan.

Berjalan menuju destinasi dengan kocek berisi hanya tangan.Gua kirimkan pesanan ringkas kepada rakan tauladan.Memberi isyarat kedatangan gua untuk memulakan perjumpaan persatuan bekas-bekas produk Kampung Manjoi.

vepp...vep...! terkemut-kemut bibir gua memangil kakak kedai selepas gua berjaya melabuhkan punggung di kerusi besi berkarat dan lusuh.

" Ya Mas mau order apa ? "

Dalam hati.Gua tertanya-tanya gua dekat indon ke malaysia ?

03 Disember 2010

Gua Dan Budaya Dulu-dulu

Sebelum kedatangan Bangfes dan Hujan tanpa air.Di sebuah sekolah agama sekitar Taiping.Revolusi watak barat mula memasuki sekolah gua.

Joe meyinsing seluar sehingga buku lali.Jalan dia mesti nak terkankang sedepa.kalau di tegur di balas dengan jari hantu tepat di muka kita.

Dari kelas budak-budak nakal sampai yang skema.Dari guru kecil sampai guru besar.Siapa tak kenal Joe anak Deraman.Samseng sekolah ,pengaruh budaya dari luar.

"Bro! lama tak jumpa " tegur Syuk kawan karibnya.

Berkelahi lah tangan lebih kurang 1 minit salam.Kita tengok pun naik hairan.Gua memang suspek mereka berdua ni mangsa gejala skin head.Kepala botak kasut donald duck .Baju mesti pinjam adek punya.Bila sembang makan nak Mekdi .Paling cikai pun Kentaky .Tapi gua tak terpegaruh.Sebab gua sayang remous gua time tu.

Kalau pandang Si arif dengan Naser lain pula fenomenaya. Season habis.Pakai semua nk lusuh .Seluar semua nak cikang.Kalau kasut ada koyak-koyak ada modal nk eksyen dekat makwe.Orang tanya idola sapa ? Tak malu sebut Kurt Kobain. Padahal tanya nabi ke 6 jenuh buka buku agama.Ini ketegori Grunge lah katakan.Gua tak minat juga sebab makwe nampak sangat sektor ekonomi peribadi terlalu kontang.

Fizi ,Ali ,Acap dan 2 3 orang lagi gua dah tak berapa ingat nama nama. Ini nampak macam wawasan sikit.Pakaian mahal-mahal.Pakaian mesti nak ada Bling-Bling. Jenama nak Yankess.Dapat pakai topi NY tu habis advan la.Lepas tu jalan pakai tangan.Menari gaya pelik.Gua hampir terpegaruh dengan budaya ini.Sebab nampak ada wasasan.Tapi gua tarik diri sebab gua kategori duit tak berapa nak kemas time tu.

Punk memang gua langsung tak berminat.Bila dengar musik mesti nak kena lari setempat.Mesti kena mabuk.Rambut nak champion. Apakah jadah terpacak sana sini.Tambahan lagi zaman itu di anggap jenayah seriyus. Terpampang hari-hari masuk surat khabar memenuhi koleksi enakmen jenayah sebagai kutu-kutu kota.

Bila time nak outing .Pergh semua satu corak.satu warna.satu kali jalan.Muka tebal .Ada yang pasrah dengan ketentuan.Akur dengan situasi.Iya la budak asrama walau apa budaya dan gejala sekali pun .Tak ada baju batik macam mana nk outing..Haish..

02 Disember 2010

Bergusti Dengan Toyol

"Biskut apollo hilang , ubat gigi colgate hilang , meggi perencah kari pun hilang ustaz ".

Lantang suara Pak lah . Kerja toyol ini ustaz dengan yakin sambil menghalakan jari telunjuk ke arah tin biskut yang bersepai.

"Semalam Paan yang nampak ustaz . Mata merah saga , kaki katek dan telanjang."

Betul ke ni ? berkerut juga dahi Ustaz Salleh sambil megusap janggut Hulk Hogannya.

Malam ini kita baca yasin dekat surau panggil semua budak-budak asrama turun. arahan Ustaz Salleh golongan Ustaz Veteren sekolah asrama dulu.

Gua hanya memerhatikan gelagat mereka dari atas katil asrama sambil menghabiskan sisa-sisa biskut gua sebelum menjadi rakus si toyol.

Bila tiba malam menjelma,semua budak asrama tingkatan 1 mula gelisah.Hilang punca arah hidup.Masing-masing mencari posisi tinggi dengan harapan toyol tak dapat detect.Ada yang sorokan biskut di syiling,ada juga yang pasrah dengan situasi.1 katil 3 orang pun jadi muat.Tak merengek.Tak banyak bunyi.Bila tiba malam,kecut habis semua telor jantan.

Gua ? Gua turut serta memeriahkan malam yang sepi itu .Tapi cuma beza gua habiskan semua biskut sedap dan gua kesat lidah gua di lapisan atas dan bawah biskut .Dengan harapan toyol akan makan bekas gua jilat.Pintar bukan?

1 Pagi..

2 Pagi..

3 Pagi..

5 Pagi..

Bila azan subuh berkumandang .Lahir sinar harapan.Manik-manik peluh dari riang roma baru dapat megalami proses peyejatan .Barulah roh-roh bebas bertempiaran dari jasad-jasad yang tadi saling berpelukan.

Esok pagi gempar asrama budak tingkatan 2 yang diceroboh.Kecoh habis dari kelas 1 Arab sampai 1 Sepanyol tahu.

Kecoh,Makcik kantin pun tak habis gossip pasal toyol.Gua pekena nasi lemak pun tak selera.Isu toyol sana sini.Kalah teruk lagu Jesnita yang tengah Up ketika itu.Fedap dengan persekitaran gua ambil keputusan tubuhkan satu kumpulan peyiasatan.

Di ketuai barisan hadapan oleh Licai , Ali ,Ari dan Jibeng. Midfield hanya gua dan dibantu oleh Acap anak mamak dari Peneng masa itu. Kami memulakan modus operandi perancangan rapi dengan megumpulkan data dan jenis-jenis toyol dan skill cara penangkapan toyol.Ketika itu, buku Mastika merupakan sumber terbaik atau kesahihanya di akui pengguna di malaysia.

Tapi biasa lah budak-budak semua sembang kencang.Bila tiba malam.Hilang semua rangka kerja dan strategik perlawanan.Tapi mujurlah Jibeng antara yang paling perpengetahun tentang ilmu mantis ketika itu memberanikan diri megumpan makanan di tengah-tengah bilik dengan biskut milik Pateh Kapam atau lebih sopan di panggil Teh Gendut.

Gua tak berani ambik risiko terserempak dengan hantu kecil itu.Gua selaku barisan belakang sindiket hanya memberanikan diri megintai dari jarah jauh di sebalik selimut.Satu asrama yang terdiri sekitar 30 orang isi muatanya tertumpu kepada umpan sambil masing-masing berlakon tidor.

1 Pagi..

2 pagi..

3 pagi..

Gua dah mengantuk gila babi.Gua lebih cenderung tidur daripada meneruskan upacara haram ini.Sempat juga gua curi-curi perhati kalau-kalau umpan megena.Tapi haram tak kena.Mungkin toyol baca doa pelindung agaknya.

Angin kuat masa tu..

Bulu-bulu halus habis semua tegang.Bunyi pun dah tak banyak hinggap di telinga.Hanya selang seli angin luar dan kipas berkelahi.

Tap .. Tap .. Tap..

Bunyi tapak kasut dari luar. Gila babi hati macam kuda lari .Gua ingatkan gua sorang je dengar.Dari jarak jauh Jibeng memberanikan diri bersila di hadapan umpan.Menang stail habis mamat ni ,bisik hati gua sambil jelingan fokus kepada peristiwa.

Suasana sepi di pecahkan dengan sebuah petikan.

sebuah petikan suis lampu pendaflour jenis putih kekuningan.

"Hoi ! ..Hampa buat apa ni ? puja setan ka ? " suara bengis dari arah pintu .

Terbang Jiebeng melompat sepantas kera di atas katil.Malam tu Ustaz Salleh smackdown kakitangan sindiket sorang-sorang.Sejak kejadian itu, perfeksi kami terus berubah .Kami takutkan Ustaz Salleh daripada toyol. Cilaka kan ?



"Juon bukan adek toyol."

Hasbullah Mahazir 2005

01 Disember 2010

Berborak Dengan Pencinta Alam

Klak !

Pintu di buka dari luar.

Kelihatan Pisang baru balik dari sektor pekerjaan.Biasa lah orang-orang belakang tabir ekonomi negara kebiasaanya pulang lewat.Alasanya mencari wang lebih sara diri.Dia labuhkan punggung lebarnya di atas sofa berdaki .Riak wajahnya mendung lagi.

Selang beberapa minit dia bersuara .

"Minyak naik lagi". sambil mempamerkan api kemarahan dengan kata-kata secara bertubi-tubi.Dia buka topi keledar yang masih di kepala .Dia megeluh panjang sambil mencari remote telebisyen.

Nah !" . gua hulurkan membantu ringankan beban.

Tiba-tiba lalu seekor tikus kurang comel .Hitam lusuh .Montok sebesar anak kucing.Perlakuan agak pemalas dan pengotor.Pembawa penyakit serta hidup parasit.

Apa tu ?bingkas gua.

Hamster rumah ni. jawab Pisang yakin.




Saya Dan Kitaran Kehidupan

Pagi

Soal dunia memang terlalu rumit.Lagi banyak kita bergaul dengan orang.Lagi banyak pekara aneh kita terokai.Kehidupan memang terlalu subjektif. Politik ,ekonomi ,sukan ,jual beli naga dan singa semua termasuk juga dalam aspek kehidupan. Bila gua buka mata ,gua akan menghasilkan satu lagi kehidupan.

Tengahari

Bukan hari-hari kita lalui dengan jenaka.Kadang-kadang kita perlu seriyus dengan persekitaran di sekeliling.Memang Luck dalam sejarah hidup gua harini gua makan kentaki percuma.Rezeki kan jangan di tolak .

Petang

Tuhan Maha Adil , Gua ada kena brain wash dengan bos gua haritu pasal kehilangan barang dan kekurangan kuantiti barangan di sektor pekerjaan. Iya lah bukan 24 jam gua tercipta untuk menjaga harta duniawi bukan . Tanpa superpower macam mana-mana hero.Gua berjaya menangkap gambar pencuri itu.Harap-harap polis dapat jalankan tugasnya dengan baik.

Senja

Hujan mempegaruhi aspek kehidupan ,kadang-kadang hujan menjadi punca kehabisan satu kitaran hidup manusia. Akibat hujan ,jalan basah dan licin .Gua melihat 2 manusia sedang menronta-ronta menghabiskan sisa-sisa kehidupan di jalan raya.Gua rasa tak teruk sangat cuma darah keluar dari rongga hidung dan telinga .Biarlah itu urusan dia dengan Maha Pencipta.

Malam

Harini nasib gua balik barangkali.Gua lihat kucing belang nakal terlentang di bawah kereta satria milik Pendekar Mustar .Gua capai asadi saiz 8 ,gengam erat dengan posisi membunuh.Tiba-tiba gua lihat dia megeletar kesejukan akibat malam.Gua batalkan niat gua sebelum peyesalan meyelubungi hidup gua.Kucing bukan beban kehidupan.