Today :

06 Disember 2010

Bergusti Dengan Toyol Bhgian 2

Jari kasar meguis-guis lebihan tembakau yang dari candu yang di balutnya.Dilagakan lidi mancis dengan sisi kotaknya untuk hasilkan percikan api pembuat nyalaan candu . Garisan-garisan latitud retro makin jelas di wajahnya.Tetapi itu bukan menghalang Ustaz Salleh untuk menbuat rondaan di bawah kawasan jajahanya.Bukan senang nak jaga budak-budak.Sering kali kadang-kadang dia mengeluh melayan karenah kami.Tapi hatinya keras mahu menghabiskan sisa-sisa hidup di sektor pendidikan.

Sejak kejadian malam kelmarin.Gua dan rakan-rakan serba salah ke atas Jiebeng.Dialah yang paling padu kena libas buloh perindu Ustaz Salleh.Timbul rasa peyesalan di hati kami.Ekoran dari peyesalan di hati masing-masing.Kami bercadang membersihkan arang di muka Jiebeng walaupun parut di punggung kami ketemu jalan buntu.

Kali ini strategik lebih intelek dan inovasi.Umpan biskut kami tak main.Teh gendut sengeh hepi biskut roti tak jadi mangsa pau kami.Gua kacau milo pekat-pekat .Acap runner nasi goreng dekat kedai Mak Lang.Licai ambik tender keluar masuk budak-budak melalui pintu.Lebih sistematik kali ini.

Kalau dulu gua takut.Kini gua excited."Berpantang ajal sebelum maut".Semua ambil posisi masing-masing.Kini lebih kepada serangan dan kurangkan bertahan terlalu lama.

Dalam kepekatan malam itu,bintang penuh di angkasa.Sekali sekali gua perhati di luar mana tau kehadiran tanpa undangan megundang perbagai musibah nanti.

Tiba-tiba..

"Tolong..Tolong..." Tolong ".

"Shhh !..." singnal tangan kanan dari licai di mulutnya.Semua mata-mata tertumpu pada bunyi.

"Tolong....Tolong..."

Dari atas katil Arie datang bunyinya..

Pap!

Licai melemparkan sedas tamparan tiga jari keatas pipi Pijoi .Dengan nada pelahan " bodoh !
time-time ni la dia nak megigau.

Suasana tenang kembali.Separuh masa pertama sudah berlalu.Tapi keputusan masih seri.Hanya Jiebeng yang tercedera masih di kerusi simpanan hasil tackle dari belakang Ustaz Salleh.Kepekatan malam itu di sudahi dengan ayam membunyikan wisel penamat malam.Toyol masih tak datang.

Gua dengan hati yang membara meminum milo buatan sendiri pagi itu.Gua lihat Licai dan Acap jemaah makan nasi goreng itu sama-sama.Pagi tu,semua sarapan dengan muka kelat.Runsing mula menghantui minda.Buat kerja apa semua tak kena.

Gua malas nak cerita panjang pasal siang.Sah-sah toyol tak datang.Dekat sebulan dua.Kes toyol ni senyap.Tak banyak kes lepas itu.Cuma kes-kes geli-geli seperti megambilan adek angkat oleh abang senior dan kakak senior yang menular ke bilik gua.Pantang muka jambu semua kena "chop".

Sampai ke penghujung gua tingkatan 1.Sejarah lama terjadi di blok tingkatan 2.Bila gua lalu nak pergi soru.Gua dengar brader-brader duk pung pang pung pang pasal toyol dulu.Ni "point" ni bentak hati gua.

Gua tak banyak bunyi.Balik bilik gua perhati sekor-sekor member sindiket.Jiebeng agak trauma dengan parutnya.Dia seolah-olah ingin tarik diri daripada segala aktiviti tidak berasaskan belia negara.Kami paham.Semua jadi malas-malas.Masing-masing buat bodoh.Endah tak endah.

Malam itu,semua nyenyak kipas speed 1,tingkap buka .Modal selimut dan bantal empuk.Dia punya feel tido macam hari terbaik tidur sedunia.Memang "in" gesel betis dekat tilam.gilu-gilu tambah syahdu tidur malam tu.Esok pagi, macam-macam hilang !

Gua punya la panas tak ingat.

"Dapat aku jet dia kaw-kaw" bingkas gua kepada licai.

Sticker blues untuk aku hilang.Gua baru beli je dekat Tepeng.Gua ingat nak tampal dekat motor milik abah gua posisi kiri white board.tapi hajat tak kesampaian.Dulu "blues untuk aku" dah boleh eksyen dekat kawan-kawan yang kita ada wawasan tentang cinta.

Gua dah tak rasa toyol punya kerja.Mana rasional toyol curi sticker .Abah dia mana ada motor.Dia nak lekat dekat mana?Gua perhati sekeliling bilik.Setiap mangsa mesti dada tengah turun naik.Mata berkilat pun ada.

*****

Kadang-kadang bukan semua jalan cerita hepi ending.Begitulah yang terjadi kepada gua dan rakan-rakan.Sehingga gua resign daripada sekolah agama tu.Toyol kami tak dapat tangkap.

Cuma awal tahun 2010-an haritu .Gua terima sms mohon maaf atas peyesalan sekor member sindeket juga atas kecurian yang di lakukannya.Apa cerita ni brader ? Patut la ini toyol curi benda pelik-pelik.Sah-sah dia pandai main snooker.ah!

Tidak akan bersambung...

Bukan toyol yang kita cari.




8 ulasan:

  1. haha...ending die cmni rupenye

    BalasPadam
  2. haha agak-agak smpai bila sengal ko ni melarat?

    BalasPadam
  3. part sticker blues utk ku yg tak tahan tu. HAHA

    nice one! kali ni panjang kau taip! :P

    BalasPadam
  4. enna minta maaf sebab lama dah x BW, enna baru balik dari UTAGHA tau! weeeee >.<

    BalasPadam
  5. gamba tu ! aisehhhhhhhhhhhhhhhhhh hahahhaa

    BalasPadam
  6. banyak betul gambar lucah blog ni. asek gambar bogel je haha

    BalasPadam