Today :

02 Disember 2010

Bergusti Dengan Toyol

"Biskut apollo hilang , ubat gigi colgate hilang , meggi perencah kari pun hilang ustaz ".

Lantang suara Pak lah . Kerja toyol ini ustaz dengan yakin sambil menghalakan jari telunjuk ke arah tin biskut yang bersepai.

"Semalam Paan yang nampak ustaz . Mata merah saga , kaki katek dan telanjang."

Betul ke ni ? berkerut juga dahi Ustaz Salleh sambil megusap janggut Hulk Hogannya.

Malam ini kita baca yasin dekat surau panggil semua budak-budak asrama turun. arahan Ustaz Salleh golongan Ustaz Veteren sekolah asrama dulu.

Gua hanya memerhatikan gelagat mereka dari atas katil asrama sambil menghabiskan sisa-sisa biskut gua sebelum menjadi rakus si toyol.

Bila tiba malam menjelma,semua budak asrama tingkatan 1 mula gelisah.Hilang punca arah hidup.Masing-masing mencari posisi tinggi dengan harapan toyol tak dapat detect.Ada yang sorokan biskut di syiling,ada juga yang pasrah dengan situasi.1 katil 3 orang pun jadi muat.Tak merengek.Tak banyak bunyi.Bila tiba malam,kecut habis semua telor jantan.

Gua ? Gua turut serta memeriahkan malam yang sepi itu .Tapi cuma beza gua habiskan semua biskut sedap dan gua kesat lidah gua di lapisan atas dan bawah biskut .Dengan harapan toyol akan makan bekas gua jilat.Pintar bukan?

1 Pagi..

2 Pagi..

3 Pagi..

5 Pagi..

Bila azan subuh berkumandang .Lahir sinar harapan.Manik-manik peluh dari riang roma baru dapat megalami proses peyejatan .Barulah roh-roh bebas bertempiaran dari jasad-jasad yang tadi saling berpelukan.

Esok pagi gempar asrama budak tingkatan 2 yang diceroboh.Kecoh habis dari kelas 1 Arab sampai 1 Sepanyol tahu.

Kecoh,Makcik kantin pun tak habis gossip pasal toyol.Gua pekena nasi lemak pun tak selera.Isu toyol sana sini.Kalah teruk lagu Jesnita yang tengah Up ketika itu.Fedap dengan persekitaran gua ambil keputusan tubuhkan satu kumpulan peyiasatan.

Di ketuai barisan hadapan oleh Licai , Ali ,Ari dan Jibeng. Midfield hanya gua dan dibantu oleh Acap anak mamak dari Peneng masa itu. Kami memulakan modus operandi perancangan rapi dengan megumpulkan data dan jenis-jenis toyol dan skill cara penangkapan toyol.Ketika itu, buku Mastika merupakan sumber terbaik atau kesahihanya di akui pengguna di malaysia.

Tapi biasa lah budak-budak semua sembang kencang.Bila tiba malam.Hilang semua rangka kerja dan strategik perlawanan.Tapi mujurlah Jibeng antara yang paling perpengetahun tentang ilmu mantis ketika itu memberanikan diri megumpan makanan di tengah-tengah bilik dengan biskut milik Pateh Kapam atau lebih sopan di panggil Teh Gendut.

Gua tak berani ambik risiko terserempak dengan hantu kecil itu.Gua selaku barisan belakang sindiket hanya memberanikan diri megintai dari jarah jauh di sebalik selimut.Satu asrama yang terdiri sekitar 30 orang isi muatanya tertumpu kepada umpan sambil masing-masing berlakon tidor.

1 Pagi..

2 pagi..

3 pagi..

Gua dah mengantuk gila babi.Gua lebih cenderung tidur daripada meneruskan upacara haram ini.Sempat juga gua curi-curi perhati kalau-kalau umpan megena.Tapi haram tak kena.Mungkin toyol baca doa pelindung agaknya.

Angin kuat masa tu..

Bulu-bulu halus habis semua tegang.Bunyi pun dah tak banyak hinggap di telinga.Hanya selang seli angin luar dan kipas berkelahi.

Tap .. Tap .. Tap..

Bunyi tapak kasut dari luar. Gila babi hati macam kuda lari .Gua ingatkan gua sorang je dengar.Dari jarak jauh Jibeng memberanikan diri bersila di hadapan umpan.Menang stail habis mamat ni ,bisik hati gua sambil jelingan fokus kepada peristiwa.

Suasana sepi di pecahkan dengan sebuah petikan.

sebuah petikan suis lampu pendaflour jenis putih kekuningan.

"Hoi ! ..Hampa buat apa ni ? puja setan ka ? " suara bengis dari arah pintu .

Terbang Jiebeng melompat sepantas kera di atas katil.Malam tu Ustaz Salleh smackdown kakitangan sindiket sorang-sorang.Sejak kejadian itu, perfeksi kami terus berubah .Kami takutkan Ustaz Salleh daripada toyol. Cilaka kan ?



"Juon bukan adek toyol."

Hasbullah Mahazir 2005

14 ulasan:

  1. ekekekekekekeke ...

    juon bukan adek toyol ? hehehe

    BalasPadam
  2. bukan kau ke yang toyol tu?? haha

    BalasPadam
  3. haram ah...hahaha aku punya la smngt nk tau sapa toyol...the best a cite ni :D

    BalasPadam
  4. pergh... handal betol ustaz salleh tue....

    BalasPadam
  5. cis. baru nak buat jibeng jadi idola. haha XD

    BalasPadam
  6. uytt..ko xde shoutbox ke cbox ke??

    BalasPadam
  7. dah la beb..lu xyah nak kencing wa laa..wa tau lu la menatang hijau katek bermata merah saga segala bagai tu kan?ahh..i know what u did last summer!

    BalasPadam
  8. jap.. sape toyol ny ? huhu O.o

    BalasPadam
  9. as per request. nanti lah part 2 gua cerita sapa toyol.

    BalasPadam
  10. lu punya cite tergantung laa..
    huhu...

    BalasPadam
  11. aku rasa orang yg melantak biskut tu td yg toyol xD

    BalasPadam
  12. licai mmg hebat... ptt di beri pujian

    BalasPadam