Today :

13 Mac 2011

Broga Hell ? Hill or Heal ?


Aktiviti ini lagi baik dari hisap gam dan main judi di genting - Hazeem Husnee

Dalam 4.30 pagi tadi gua bertolak ke Semenyih.Dengar cerita sana ada bukit menarik.Gua pun tak pasti apa yang menarik dekat sana.Seramai 4 orang manusia akhir zaman yang termakan hasutan gua ke Broga Hill pagi tadi.Di kalangan kami ada yang bawa botol air,camera ,ilmu ugama dan sedikit megantuk dari rumah.

Pada mulanya gua ingatkan ,kami yang paling sulong tiba.Tetapi tanggapan gua silap.Sudah ramai yang mendaki menuju puncak .Rata-ratanya semuanya seperti berpegalaman.Ada juga yang setting macam hendak mendaki everest.Gua selaku pendaki semi pro hanya angkat tangan dan sengih-sengih bila lalu di hadapan pendaki gunung everest itu.

Tanpa membuang masa,kami memulakan perjalanan.Pada laluan permulaan adalah kawasan kelapa sawit dan pokok getah.Laluan tak berapa sukar.Rasa macam tak berapa advanture pun ada.

Lepas 10 minit macam tu.Baru lah kami di kejutkan dengan laluan laluan gelap dan gaung jatuh comfirm tak mati.

Pek!

Gua tampar padu lengan gua.Nyamuk boleh tahan dia punya atack.Tak boleh nak kautim langsung.Banyak je amoi gua tengok gebu-gebu lagi dia tak nak atack.Nyamuk betina la ni punya kerja.

Tidak lama kemudian,Kami tiba di stage pertama di mana kelihatan kebanyakan pendaki yang megalami obesiti tersadai dan tersidai si bahagian ini.Rata-ratanya adalah golongan tak pernah bersukan.Gua pandang member-member gua semua steady lagi.Masing-masing tak serabai lagi.

Gua letih tak habis lagi sebenarnya ni.

Okey,gua malas nak panjang cerita.Pung pang..pung pang..Akhirnya kami tiba di puncak Broga.
Dalam masa yang sama gua sangat kecewa.Sebab gua bawak 4 higgit kot naik atas tadi.Dengan harapan ada jual teh tarik dan nasi lemak.Tak dapat la gua pekena teh tarik sambil tengok matahari terbit..Haish..

****
Gua ada banyak gambar.Tapi selalu failed masa upload .Kesian kalian tak dapat gua nk share.

11 ulasan:

  1. ceh pesen manusia tak ajak member.. fine..

    BalasPadam
  2. nyamuk betina ?

    konfem ke ?

    hihi .

    BalasPadam
  3. mane gmbar yg kau jatuh bukit tu?

    BalasPadam
  4. nak tgk gbr nak tgk gmbr....haha

    BalasPadam
  5. aku juga mahu pergi ini bukit.

    tunggu masa sahaja.
    -nafsu membuak-

    BalasPadam
  6. wAh!!~ sErONOk Naik bRogA?! hA3!!~

    BalasPadam
  7. dia menayang wajahnya yang ayu..sapa bilang lelaki melayu tak ayu..tak menawan..wahaha

    BalasPadam
  8. nak p jugak itu bukit.tp slalunya xksampaian.huhuh

    BalasPadam