Today :

06 Disember 2010

Sekilas Bual Dengan Pemuda Harapan Pangkor

Angin monson utara sekarang kurang kencang meyebabkan ramai pemuda-pemuda dan belia-belia Pangkor malas pergi KL (Ke Laut).Di sogokan lagi dengan kehadiran pelancong yang bertubi-tubi menbanjiri perkarangan Pulau Pangkor.Dia punya stail sesak sampai jalan pun laga-laga telinga.

Duduk Pulau Pangkor ini lah salah satu faedah tanpa cengkeram yang Pemuda-pemudi Pangkor dapat selain gelaja maksiat yang jarang di cegah.Kehadiran ikan-ikan bergincu yang pastinya di import dari perbagai produk negeri dan negara.Salah satu insietif di mana belia-belia mendapat jodoh dari luar kepulauan tanpa keluar dari skala pulau.Tapi bila malam menjelma Snoker Ah Seng je yang boleh harap.Yang lain semua lampu padam.MB sekarang orang pangkor.Apa cerita ? Seben Eleben pun tak ada.Haish..

Tujuan gua ke Pulau Pangkor bukan nak bercuti.Tapi saja nak balik tunjuk-tunjuk muka.Takut orang mengata sambil mencuci dosa dan nama.Gua nak padam nama tanggang di dahi dan mentality kawan-kawan.Dekat sini dia punya nasi lemak bukan macam Kolompo. 2 Hingget tapi ikan bilis sekeping dan kuah cabai yang ceroi.Pangkor sehingget pun boleh dapat ikan sekor yang montok dalam nasi lemak serta timun.

Pendek cerita, Gua bertembung dengan Fendi di Jetty Pangkor( comfirm nama sebenar ).


"Hang apa cerita ?" gua meyapa.

" Aku sekarang bizy gila babi.Sampai nak pekena lepak dengan kawan pun tak ada masa " sambil memaparkan wajah serius sambil membalas pesanan ringkas.

Kata-kata beliau meimbulkan sedikit riak di hati kecil gua.Maklum lah pemuda-pemuda pangkor juga ada potensi dan wawasan.Hairan gua,setahu gua Fendi ni pemalas.Paradigma apa yang dia cuba tonjolkan.

"Hang bizi buat apa ? " gua tanya lagi.

"Aku sekarang bizi meganggur." Balas Fendi dengan muka masih serius.


*****

Lokasi:Belakang rumah Tok gua. Apa macam Steady tak anak-anak buah gua? Jangan stim sudah.

8 ulasan: