Today :

28 November 2010

Serangan Bersebab

11.30 Pagi waktu malaysia.Perkarangan Pantai Hill Park.Geografi yang padat dengan kehidupan manusia sejagat dan haiwan rumah.Dari google map 4.5 skala richter terjadi satu peristiwa.

11.31 minit 30 saat rumah 24.Di Halaman hadapan rumah.

Dalam posisi begini apa-apa pun mungkin boleh terjadi.Gua mencapai seliper asadi saiz 8 amerika syarikat.Berjalan secara pelahan sambil menundukkan badan.Fokus pancaindera gua tertumpu ke arah seekor kucing atau pemangsa karnivor berwarna kelabu belang.

zap !

Faking ! tak kena lagi. Kemahiran menuju seliper gua sejak akhir-akhir ini semakin merosot.Tidak seperti 10 tahun dulu semasa muda-mudi.Tak cukup tanahlah lari "Si Belang" itu melarikan diri dengan senang hati.

1 Jam sebelum Kejadian.

Pancaran ultra ungu menembusi jendela kamar gua.Menerangi pelusuk gelap bilik orang-orang beriman.Maka bertempiaran lah syaitan dan jin yang menumpang tanpa sebarang bayaran. Dunia ini memang tidak adil bukan ?

Balik kepada situasi .Gua dapat rasakan metabolisma dalam diri agak berkurangan.Muka yang kulitnya tegang kini ada garisan di mamah usia."Six pad" di badan mula membentuk 1 ketulan pejal dan mampat yang pasti punca rezeki Dr Rozmey.

Entah megapa pagi tu,gua semangat nak berlari megeluarkan air-air masin dari riang-riang roma badan.Ketidak seimbangan enzim dalam badan dan kekurangan glokosa juga memotivasikan gua untuk beraksi di Taman Riadah sambil melihat betis-betis penambah dosa-dosa kering.

Dressing seperti pelari harapan remaja yang penuh berwawasan.Belum sempat keluar dari sektor pekarangan rumah 24 pantai hill park .

Pek !

Jahanam .Arghh !

Masih panas . Kelabu kehijauan sedikit simpol " S " di atas.Mungkin tread mark barangkali.

Tidak jauh dari situ kelihatan Pemangsa Karnivor tersebut.Akibat sikap suka-suki beliau membuang merata-rata gua pasti 1 hari nanti ,1 hari nanti seliper Asadi akan melekat di mukanya.



Muka Mintak Selipar

11 ulasan:

  1. haha..klaka la story ni..muahahahhaa

    BalasPadam
  2. err. ku sokong si kelabu belang tu. HAHA

    p/s: sy berminat nak beli lukisan awak. brapa ribu?

    BalasPadam
  3. harap maaf.seni itu terlalu tinggi nilainya.

    BalasPadam
  4. lu nih pecinta haiwan eh?? kisah2 lu berdasarkan haiwan lor~

    BalasPadam
  5. ehheheh... waa... aim baek punya har kat si blang tue.. leng kali x payah pki slipar, pki batang mop aja dirjam kan...

    BalasPadam
  6. cehsss...
    smangat aku bace guna high class thinking..

    rase nak snyum say " tahiiiikkk"

    BalasPadam
  7. haha. aku dpt rasakan dr Romzey akan ambik story ko ni untuk masukkan dlm scene utk filem beliau yg aku dtg.haaha

    BalasPadam
  8. hahaha..best dan klakar..
    ayat sempoi giler..

    BalasPadam
  9. dulu masa kucing enna nak membesar, suka suki dia jeh berak merata gak, muka bukan minta selipar dah tapi tunjuk muka minta batu lesung terus. uhuuu

    BalasPadam
  10. gambar kucing tuh tak boleh belahh..huhu

    BalasPadam