Today :

29 November 2010

Berjalan Menuju Kehancuran Dengan Poket Berisi Hanya Tangan

Apa beza Kau dan iblis ?

Iblis pernah di campak ke bumi atas keangkuhan tidak sujud kepada Nabi Adam.Kau pula sangat angkuh tidak pernah memaafkan anak cucu Nabi Adam bukan ?

Pernah kau maafkan manusia yang pernah meyakitkan hati kau 1 ketika dahulu ?

Walaupun caranya berbeza tetapi konsepnya tetap sama. Angkuh . Kenapa kau jadi begitu angkuh?

Kau sudah bangga dengan pencapaian kau sekarang ?

kau bangga dengan segenggam ijazah hasil ajaran orang barat ?

Hingga kau lupa punca kau di wujudkan di dunia ?

Apa beza kau dan Iblis ?

Iblis punya misi menghancurkan manusia . Kau punya bakat menghancurkan kawan-kawan.

Bukankah itu 1 konsep lagi ?

Bila Aku bercakap pasal hal dunia dan akhirat kau close cepat-cepat bukankah itu tanda hati kau dah gelap ?

Bila aku tegur kau pasal halal dan haram kau pandang pada makanan.Pernah kau fikir apa yang kau pakai?

Apa yang kau lihat ?

Bila aku post entire agama semua megata tunjuk power nak jadi ustaz bukan ?

Bukan kah kita di jadikan untuk berpesan-pesan ?

Adakala hati yang gelap perlu di gilap dengan sedikit nasihat .

Adakala bukan jenaka menjadi pengubat.

11 ulasan:

  1. hehe..sama2 kita renungkan dan selamat beramal! :)

    BalasPadam
  2. hmm... i liked this one.. ouh.. trus aku rase nak maap kn si lalat duda ku.. mekaseh2... ko memberi aku 1 nasihat yg baek... mekaseh....

    BalasPadam
  3. huh? betoi ke gua yg posting ni ?

    suspen-suspen.

    BalasPadam
  4. suke post ni...
    ~berpesan-pesanlah walau hanya menyampaikan satu ayat~

    itu tugas mnusia sbg khalifah di muka bumi ini..setiap manusia akan dituntut di akhirat kelak~

    BalasPadam
  5. bagusnya n3 nie...nice...tq 4 sharing...=)

    BalasPadam
  6. renungan dan pesanan wat aku gak ~
    sharing is caring ..
    ye x ..? ngee ~

    BalasPadam
  7. yeah. btoi ke gua send entire atas ni ?
    dem dem..mcm tak caya..aghh..

    BalasPadam
  8. dem..wa pun x caye dowh..tapi wa tepuk tangan utk kau...syabas2..!

    BalasPadam
  9. peh dasyhat la ustaz hasbullah!!!

    BalasPadam
  10. aku pon tak pecaye ko yang post entry ni. betul ke ko ni? haha

    tugas kita menyampaikan. dia nak terima atau tak, itu hak dia. kita mendoakan yang terbaik.

    BalasPadam
  11. post ni . kenyataan tentang kehidupan yang kita sendiri tak perasan . ;)

    BalasPadam