Today :

28 November 2010

Peristiwa Dairi 2016

Gua perhatikan Haikal mundar-mandir di sektor rehat rumah.Mukanya kusut masam seolah-olah baru lepas kecundang dalam percintaan. Hairankan, setahu gua anak gua sorang ni baru masih tahun 1 di tadika.Takkan sudah dikecewakan terlalu awal.

" Haikal mari sini " pujuk gua sambil meyelak surat khabar awta rakyat jelata.

" Kenapa ni ?" gasak gua lagi.

" Haikal tak nak pegi tadika esok " balasnya sambil megerutkan dahinya.Kerisauan dan kegundahan sangat terpancar di wajahnya.

Suasana senyap.Hanya kami 2 orang anak beranak.Sang isteri barangkali sibuk meyediakan juadah santapan kami .Tiada mekanisma jenaka ketika itu.Hanya darah gemuruh dan luahan hati dan kasih sayang seorang bapa.

" Ish tak boleh la macam tu haikal tadika tu kan ramai cikgu-cikgu yang mantap-mantap gadis pun ramai kan.Abah dah analisis sebelum hantar kamu dulu " jawab gua meyakinnya.

" Haikal malu la " balasnya lagi sambil memeluk ketat peha gua dengan penuh harapan.

" Kenapa nak malu pula ? Haikalkan idola kanak-kanak dekat situ . Cool , pandai main gasing & guli ,rambut sikat bangfes dan dah ada Myspace lagi tak macam abah dulu" bingkas gua.

" Haikal lupa tutup zip la abah semalam ,dorang nampak kejantanan haikal" jawabnya sambil meyondol kepalanya di badan gua.

Gua tatap wajahnya . Anak abah betul .Bisik hati gua.

Iya 6 tahun yang lepas peristiwa yang sama berlaku keatas gua.Tetapi cuma senarionya yang berbeza.Mungkin tika itu gua cukup bersedia ilmu di dada.

Dem! Gua hanya tersenyum terkenanang peristawa <---( CLICK )ketika gua usia remaja.

" Tak apalah haikal , Jom abah belikan kamu boxer full protection . " tenang untuk meyakin anak teruna gua.


Bukan Idola Kami Anak Beranak

4 ulasan:

  1. haha..alahai...baru tadika dh malu2..hihi..

    BalasPadam
  2. takziah diucapkan utk kamu anak beranak. =.=

    BalasPadam
  3. smbungan cerite mr ash berangan :D

    BalasPadam