Today :

09 November 2010

Boxer you`re my HERO



9.00 am UTM -" Boleh mulakan sekarang "kata pengawas peperiksaan yang berbibir gumbal. Gua ushar kiri dan kanan semua sedang mengeluarkan idea yang hampir tepu di atas kertas kerja masing-masing.Hanya gua yang duk terhegeh-hegeh memerhati soalan .

Tersendap sekejap gua,jantung bagaikan di smash Lee Cong Wei apabila gua melihat soalan yang terlentang dalam bahasa omputeh. pantang gua anak darah bangsa lupakan bahasa . Gua rasa nk sepak bangku dengan meja depan gua tadi tanda protes cintakan bahasa . Berkerut dahi gua berpita mata tengok bahasa ibunda hanya di gunakan sebagai cover halaman bercetak.

Selak punya selak sampai ke helaian belakang gua nampak ada sinar kebahagian untuk gua.Hilang kerut dahi gua bila gua tengok ada Dwi bahasa dekat belakang kertas bercetak tadi.Lega , rasa nk peluk pemeriksa yang berbibir gumbal walaupun tak semanis angelina jolie.Barulah gua senyum girang membaca soalan dalam bahasa ibunda dengan jelas dan very understanding.Bak kata pepatah student " tak paham , maka tak jawab " .

Jam 10.30 am .Gua dapat jawab dengan slumber sebelum waktu sebenar tamat iaitu jam 11.00 pagi. Gua angkat tangan hantar kertas jawapan gua dengan bangga ,Gua beredar .sampai dekat luar baru gua perasan gua tak tutup Zip seluar gua.Pergh. Nasib harini gua pakai BOXER FULL PROTECTION Di tambah gua pakai sweater labuh .

So tak perasan sangat la tapi kalau gua pakai cawat tadi mesti gua dah decide pindah U lain. Sampai di luar dewan gua sentap zip gua dengan muka tak bersalah gua beredar dengan harapan sejarah tidak mungkin berulang.


Gua punya Boxer ada gambar SUPERMAN .Limited Edition.Betul-betul Hero.

Kepada sesiapa yang rasa topic gua berbau lucah sila flag untuk penapisan penguna bawah umur .Gua bicara secara slumber shj Sekian. haha

4 ulasan: