Today :

25 November 2010

Hikayat Seekor Lalat Part 3

Sambungan Dari Part 2.

Sambil terbang, gua terfikir. Kenapa gua dituduh dengan bermacam-macam tomahan? Gua tidak pernah berak atas badan manusia tapi kenapa titik-titik hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi gua?.

Ironinya, bila tahi gua berada di penjuru bibir manusia, itu dikatakan manis ?

Gua rasa ini lah karya gua paling Agong

Kenapa bila manusia pening-pening dikatakan sebagai pening-pening gua? Kenapa gua dijadikan perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni bangkai? Sedangkan tahi gua dan kitaran hidup gua pada bangkai itu menjadi maklumat penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian manusia.

Kenapa ada juga perumpamaan 'lalat terbang dipipiskan lada' ?. Eh, itu burung, lu jangan nak tipu gua. Gua Bahasa Malaysia dapat 'A' tau. Begitulah buruk dan hodohnya gua pada mata manusia.Kadang-kadang gua pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi menyapu awan tapi gua tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan. Dengan sayap-sayap ini gua belajar erti kehidupan manusia. Walau gua cuma mampu hidup selama 40 hari dan sekiranya gua melangkaui 40 hari kemungkinan gua mampu hidup sehingga ke 100 hari. Itu hakikat kehidupan gua yang mungkin manusia tidak tahu.

Gua hanya mampu berdoa agar gua mampu hidup sehingga 100 hari dan gua cuba menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi. Tidak seperti kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya,gua masih di pandang hina dan bodoh.

Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Gua perlu mencari tempat yang nyaman untuk gua tenangkan fikiran.Bukan tempat yang terlalu sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu,gua mampu pengsan selama berpuluh-puluh hari dan gua hanya akan sedar sekiranya gua dipanaskan balik dengan sedikit haba. Gua terjumpa sebuah tempat yang berhawa dingin, sebuah bilik yang cantik.

Gua masuk dengan menumpang seseorang yang membuka pintu. Gua terbang dengan ceria sebab tubuh gua menjadi sedikit dingin terkena hembusan pendingin hawa. Gua terpandang sebuah komputer yang terbuka dan seseorang sedang mangadapnya dengan penuh konsentrasi. Gua singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak menyedarinya. Terlalu asyik dia. Gua cuba membaca apa yang terpapar pada skrin komputer.

Dem ! sebuah BLOG TIBA-TIBA MENANG ! HIKAYAT SEEKOR LALAT e ...terdapat sebuah catatan tentang seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca cerita pasal lalat? Tak ada kerja ke dia? Tak reti nak study ke final dah dekat? Apa dia tak sedar final menentukan masa depan dia ?.' bisik hati kecil gua.


Manusia, manusia...Lalu gua terbang meninggalkan dia yang masih lagi membaca catatan tentang seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang ending cerita lalat.

Menarik sangat kah cerita seekor lalat?.

Entahlah....

...dan gua masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.

Epilog.


Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air Horlick gua pada usia 10 hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke 100 harinya. Mungkin itu sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga 100 hari mungkin dia sudah menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya fikirnya yang tinggi, dia mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia.


HAR HAR HAR. Jangan marah lalat.

(kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia yang membaca cerita ini akan memandang ke belakang kerusinya dan mencari kot-kot ada lalat...)


7 ulasan:

  1. walau sekecik2 ciptaan pun byk manfaat nye pd manusia. hee :D

    BalasPadam
  2. pergh hebt giloo .!
    cogretz doe . .

    BalasPadam
  3. gua pinjam gambar lu untuk entry gua..tapi,cite lu best..cara woii cara!!

    BalasPadam