Today :

24 November 2010

Hikayat Seekor Lalat Part 2

Sambungan Dari Part 1

Gua meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam hati. Gua terbang lagi dan gua mengembara di atas bumi Tuhan ini. Gua sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang manusia buang dan manusia humban di dalam tong sampah.

Hinakah gua?. Rezeki yang Tuhan bagi kepada manusia, manusia bazirkan dan manusia berikan pada gua.Siapa yang lebih hina? Gua tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki manusia. Kalau banyak, gua panggil kawan-kawan gua. Kami berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya gua menyapu-nyapu tangan gua sebelum menjamah makanan. Tidak seperti kebanyakan manusia yang langsung tidak membasuh tangan.Sumpah pegotor..seriyus shit.

Apabila hari dah pagi, gua terbang melata lagi. Itulah kerja gua dan itulah kehidupan gua. Gua singgah sebentar di satu tong sampah belakang sebuah rumah.

Deria rasa gua dan chakra pada kaki-kaki gua memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan.Ada yang masih elok untuk di makan oleh manusia.Sudah rezeki gua .


Sambil makan, gua melihat pada sehelai surat khabar. Gua membacanya sebaris dua dengan mata yang kabur sebab gua mempunyai mata kumpuan yang mampu menyedarkan gua pada setiap kilas pergerakan. (gua pandai membaca ketika usia gua satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan lalat).

Isi beritanya memualkan gua. Berita dari prosiding Mahkamah,berita rogol, liwat ,bunuh,culik,rasuah dan sebagainya. Selera makan gua terpadam. Dalam masyarakat gua tak ada berita-berita itu semua.Apa yang biasa gua dengar dalam masyarakat gua hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan sadisnya oleh manusia,kematian lalat yang disembur dengan Ridsect atau Sheltox,kematian spesis gua akibat sakit tua atau kematian lalat akibat terkena renjatan elektrik pada perangkap ultra violet.

Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan gua segera meninggalkan tempat itu. Gua sudah tiada selera untuk makan. Manusia memang memualkan nafsu makan gua.Sehina-hina masyarakat gua, masyarakat manusia lebih hina sebenarnya.

******

Bersambung

6 ulasan:

  1. setuju.
    kalau lalat tgk masyarakat manusia skrg buat malu je. aiseymen

    BalasPadam
  2. bukan slalu ada moral stori dalam entire gua ni.

    skali skala nk juga sampaikan input berguna.

    =_=

    BalasPadam
  3. lalat oh lalat..pandai ko baca..baca sebaris dua ayat ko dah tau semua berita dalam surat khabar tu..Oh lalat..

    BalasPadam
  4. waa.... aku sebagai manusia, rase segan r ngn lalat2 ni.... walau aku x buat cam dlm brite sbaris dua yg lalat 2 bace, tapi aku msih manusia... ish3...

    syuhaiba91.blogspot.com(tumpang promote, ble x.. hihi)

    BalasPadam