Today :

19 Disember 2010

Dari Kolompo - Bukan ke Machasta

Redup pemandangan Jejaka Penang di highway utara-selatan.Matanya fokus di garisan pembahagian jalan.Hujan agak lebat membuatkan matanya lebih bekerja keras.Sayu ke udara nyanyian Mega -bayangan gurauan memotivasikan lagi pemanduanya di selangi debat perdana dari Syam dalam loghat utara yang posisi bersebelahan dreber.

Kelihatan dua tiga buah kenderaan di bahu jalan yang terlibat dalam kemalangan langsung tidak mematahkan semangat kami meneruskan perjalanan ke Pendang menghadiri majlis pertabalan raja sehari Pendekar Mustar.Sebanyak 3 biji kereta meyertai konvoi runcit-runcit ini.

Yuran perjalanan paling mahal di gondoli oleh kereta gua.Kerana isi kandungan dan muatan hanyalah 3 orang berbanding 4 orang bagi kereta yang lain.Di sogokan lagi dengan kekuatan fizikal Supra Jejaka Penang yang menghisap minyak bagai air.Demam poket gua malam tu.Seluk kocek pun terasa panasnya!

Gua selaku penumpang berkhemah,pasrah dan tawadduk yang menumpang di belakang.Hanya pamerkan kehebatan tido gaya bebas dan tekun mendengar debat perdana orang utara.Gua tak berapa risau stuktur jalan di utara.Jejaka peneng selaku dreber memang ekselen selok belok sini.Sempat juga gua cilok-cilok mencelah dengar mereka berdebat.Tapi suara gua seakan-akan tengelam mungkin Supra terlalu laju membuatkan suara gua kebelakang.

Akibat jalan yang lengang pada kepekatan malam.Jejaka peneng menekan rapat pedel minyaknya.

"Laju..Laju..laju..slow skit.." gua mencelah sambil mata tersuloh pada meter Supra jejaka Penang.

"Hang goyang ka tengok meter aku sampai 180 ka ?" balas dreba supra.

"Aku bukan tengok meter speed!Aku tengok meter minyak" laju macam air.Balas gua rakus.

Syam hanya tersenyum tanda sokongan padu dan nasihat konsistan daripada gua.Akhirnya kenderaan kembali normal walaupun poket cedera parah!

14 ulasan:

  1. wo....lek2...takpa..bro..poket kering..mana tau dapat awek pendang..hohoh..awek kedah..nak2 are pendang..cun2 bai..hak2...boleh wat jadi isteri la tu gak....alang2 tumpang sekali ..ko kawin...ohohoh

    BalasPadam
  2. haha.... gua ingat lu mengigau td. wo. 180 bahaya tu... pro sgt dia bawak keta:D .

    template dah ubah 2 colum. nice la, ringan lg tu. cepat load!

    BalasPadam
  3. adoii.. puitis sungguh entri kali ini.. :D

    BalasPadam
  4. haha..ayat cover takut laju ke atau memang nak suruh perlahan sbb nak jimat minyak??

    BalasPadam
  5. terjah pg2 kt sini hee~

    BalasPadam
  6. bahasa lu sempoi bro. Triple like.

    Happy blogging.Thumbs up.

    BalasPadam
  7. harga minyak naik -__- jimat jimat

    p/s : thanks. hoh, minta buat ubat penyembuh hati yang lara? belum belajar buat lagi ;)nanti suruh lecturer ajar.

    BalasPadam
  8. syira : depand on demand. kah kah kah.

    BalasPadam
  9. jejaka penang memang lagu tuh..tak tau nk kata pa dah...huuu

    BalasPadam
  10. muhamadsufian89 : supra dia minyak kuat!
    Azra Rahman,Nard Dieya : tq
    khairunnisa: baiklah :0
    A`sha : budak kmpung siapa~

    BalasPadam