Today :

20 November 2010

Pelamin Angan Lu Musnah


Cuti-cuti raya haji ni, Ramailah sedara mara datang bertandang ke rumah gua.Maklum la Headquaters kerabat Ramli Kedidi la katakan iatu arwah Tok Wan gua .Nak pendekan cerita.
Semua hiburan di bawah jajahan gua dalam rumah gua semua di jajah oleh anak-anak buah gua.

Dari "Play tension" ( dengan budak-budak pun gua kalah ) sampai ke game snake dalam handpone gua. Dari bimbit colour sampai bimbit versi kuning hitam.Semua di rampas.Biasa la,budak-budak sekarang bukan macam kita muda-muda dulu.Tak pandai nak main gasing,kok kiaq , gendap anak dara orang bagai. Semua duk follow perangai Pak Din ( Lengend Kampung Gua ) main Mafia War la,Poke sana..Poke sini..

Yang bergaduh pun ada.Penat gua leraikan sambil layangkan kad merah.Menandakan tiada siapa dapat bermain handpone gua lagi.

Di penjuru dapur rumah gua pula ada persidangan "1st Lady" Dari Mak Long ,Mak Lang,Mak Chik,Mak Orang,Mak Jande,Mak We..Segala macam mak ada.Apa lagi kalau gossip pasal lembu raya-raya haji ni. Semua menu gua santap dua tiga hari ini bercirikan lembu. Pasrah habis.

Dihalaman tamu rumah gua pula ada persidangan dewan Parlimen pasal bajet 2011.Di ketua ketua bahas iaitu Pak Ndak gua di hakimi oleh pengkiritik-pengkritik tetap sedara mara lain.Pantang gua lalu je ,mesti soalan lucah keluar " Bila nak kawin ? " "Dah ada calon ke? "

" Tak de duit " bingkas gua slumber.

Jadi kesimpulannya setori gua di atas adalah punca-punca gua tak boleh langsung membuka buku penulisan Decenzo and Robbins .Selasa sudah exam .Masak gua macam ni.

Hari ini gua ingat nak study lah .Belum sempat gua bukak chapter 1 pun. Hati gua panas .Bingit gegendang telinga gua.

Jiran sebelah gua anak dia buat kenduri sempena musim megawan ni. Pasang dangdut kuat-kuat.Sekarang gua tengah bersiap pergi ke rumah jiran gua sambil melancarkan misi.

"Pelamin anganLu musnah"

"Member blaja gua dulu .Gua rindu jadi gua promote kekacakan mereka disini"

11 ulasan:

  1. haha...belom musnah lagi...berlambak kat luar sana tu...

    BalasPadam
  2. pelamin anganku musnah ker, gelekan kau yang memusnahkan?? hahaha

    BalasPadam
  3. haha...gudluck exam...slmt kumpul duit beribu2 :P

    BalasPadam
  4. bangang................................~ (jujur kan?)

    BalasPadam
  5. gua pulaak nak robohkan pelamin lu nanti .
    kahkahkah .

    BalasPadam
  6. singgah and baca2 entry!mantopp...haha

    BalasPadam
  7. bkn xde duet tp xde org nk kt hg kan?hahaha

    BalasPadam
  8. hahaha..sengal!
    anyway goodluck boy! :)

    BalasPadam
  9. promote diri bujang n evelebel lar tu...hahah

    BalasPadam