Today :

19 November 2010

Tajuk Tak Ada Kene Megena



Gua selaku abang yang megondol anugerah "abang sulong" kepada adik-adik perbagai spec dan edisi.Mestilah bangun awal.Sekitar jam 10 pagi itu di waktu cuti begini cukup layak di gelar abang generasi teladan ."Include" mandi dan makan .

Gua selak surat khabar balik-balik tajuk yang sama.Ayah kena rogol la,sekolah kena liwat,Lembu bunuh diri,tipu sunat tipu harus la .Paling "Stim" pun bahagian masalah rumah tangga " Laki tak gagah lah " ,"isteri nafsu naga lah " haha mesti lu orang pun baca kan kan.

Gua rasa pegarang surat khabar hari ini kehabisan idea dan telah terkena peyakit berjangkit pelajar-pelajar IPTA iaitu COPY PASTE & EDIT.Tengah seronok mengeteh sambil baca surat khabar.

Tiba-tiba ada suara dari luar rumah.

Asalamualaikum! Asalamualaikum!

Gua panjangkan leher mengintai halaman rumah gua.Ternyata seorang manusia separuh keletihan dan sedikit kerisauan terpancar di wajahnya. Kawan baik "Raja Pecut".

Ramai orang cakap dia memang laju.Tak kira lah naik apa sekali pun.Kalau ex5 tu.Tak sempat masuk gear 4 dah sampai ke pekan Ipoh.

"Walaikumsalam, masuk la muka tak malu." jawab gua sambil megunyah cucur ikan belis pedas masakan ibunda.

" Lembaga tengah cari orang ! Gua nak pergi tengok " cerkah Raja Pecut pantas.

" Hah , bila dekat mana ?Lembaga jenis apa ? " dengan penuh misteri balas gua.

" Jangan banyak tanya la . Jom ikut gua .Takut tak sempat kejap lagi nak semayang jumaat lagi "balas Raja Pecut.

Gua malas nak cakap banyak lantas mencapai Ego S adek gua yang minyak sentiasa "E" ."E" itu melambangkan "ENUF" consider boleh sampai destinasi sudah kira baik untuk gua.

Atas motor gua tanya lagi . "Keras ke tempat tu ?"

"Keraslah ,macam batu "jawab Raja Pecut. Sambil menuju ke bandaraya Ipoh .Gua selaku pebonceng berkhemah sentiasa melemparkan senyuman kepada awek-awek sekitar Ipoh.

Bila tiba di satu persimpangan. Tempat agak terlindung .Gua tanya lagi sekali ."mana Lembaga tu? "

Raja Pecut dengan rasa tidak bersalah menunjukan arah kepada gua sign board di atas.

"LEMBAGA AIR PERAK"


Gambar Tak ada Kena Megena

8 ulasan:

  1. ape kes letak gamba sndiri ni? duduk dalam poket lak tu

    BalasPadam
  2. hahaha...e for enuff...
    e for empty la der...hahah

    BalasPadam
  3. hahahaha... lu patut masuk rancangan raja lawak la. Gua pasti vote pnya!

    BalasPadam
  4. oki E! hehhe
    n kasi ang L for Lemauuuuu

    BalasPadam
  5. okay! E!
    awak ni mmg STH!
    STH for sengal tak hingat! haha

    BalasPadam
  6. perghh !
    lawak gila hang nie !

    BalasPadam
  7. kawan kau . memang setail lah ! ha ha . ;)

    BalasPadam