Today :

11 Julai 2012

Hikayat Seekor Lalat [Flashback]


Pagi itu di kala penjuru meja warung Sala Thai.Belum sempat gua menghirup horlick suam gua..

Pek !

Mengelupur buat seketika sebelum terus senyap.Seksanya sakaratul maut.Tak bergerak lagi.Mungkin berakhirnya hayat seekor lalat di situ.

"Kak masuk lalat lah,buat air lain ya" bingkas gua.

Dan gua mengerak langkah meneruskan kehidupan seperti biasa.

*****

Gua ? gua adalah seekor lalat dari spesis Musca Domestica atau Lalat Rumah dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai dua sayap. Gua adalah antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan di seluruh dunia. gua berusia 8 hari dan pada usia sebegini gua sudah menjadi dewasa.

Gua sudah menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2 hari, sekolah menengah dalam masa 2 hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazahdalam masa 3 hari.

Kelmarin gua baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Makanan dan Sampah Sarap.Tak ada konvokesyen macam lu orang,cuma ambil ijazah di tepi tong sampah sahaja.

Malam tadi, semasa gua berterbangan mencari sesedut makanan, gua singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan.Gua nampak seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. gua singgah sebentar di atas bahunya sebab gua nak survey kalau ada sisa-sisa makanan yang ada sekitar kawasan itu. Malangnya gua hampir di "backhand" dengan tangannya sambil mulutnya memaki hamun gua. 'Celaka punya Lalat..!' kata beliau. gua dihina sebegitu rupa seolah-olah gua adalah seekor binatang.

Gua bukan binatang, "gua adalah serangga".BPR pun pernah buat lagu untuk gua. Walau gua dituduh sebagai pembawa penyakit dan virus yang merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk, sekurang-kurangnya gua lebih baik dari dia.Seberapa ketika kemudian gua melihat dia dipimpin oleh seorang lelaki masuk ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor gua, engkau lebih kotor,lebih celaka !.



Gua meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam hati. Gua terbang lagi dan gua mengembara di atas bumi Tuhan ini. Gua sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang manusia buang dan manusia humban di dalam tong sampah.

Hinakah gua?. Rezeki yang Tuhan bagi kepada manusia, manusia bazirkan dan manusia berikan pada gua.Siapa yang lebih hina? Gua tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki manusia. Kalau banyak, gua panggil kawan-kawan gua. Kami berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya gua menyapu-nyapu tangan gua sebelum menjamah makanan. Tidak seperti kebanyakan manusia yang langsung tidak membasuh tangan.Sumpah pegotor..seriyus shit.

Apabila hari dah pagi, gua terbang melata lagi. Itulah kerja gua dan itulah kehidupan gua. Gua singgah sebentar di satu tong sampah belakang sebuah rumah.

Deria rasa gua dan chakra pada kaki-kaki gua memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan.Ada yang masih elok untuk di makan oleh manusia.Sudah rezeki gua .


Sambil makan, gua melihat pada sehelai surat khabar. Gua membacanya sebaris dua dengan mata yang kabur sebab gua mempunyai mata kumpuan yang mampu menyedarkan gua pada setiap kilas pergerakan. (gua pandai membaca ketika usia gua satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan lalat).

Isi beritanya memualkan gua. Berita dari prosiding Mahkamah,berita rogol, liwat ,bunuh,culik,rasuah dan sebagainya. Selera makan gua terpadam. Dalam masyarakat gua tak ada berita-berita itu semua.Apa yang biasa gua dengar dalam masyarakat gua hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan sadisnya oleh manusia,kematian lalat yang disembur dengan Ridsect atau Sheltox,kematian spesis gua akibat sakit tua atau kematian lalat akibat terkena renjatan elektrik pada perangkap ultra violet.

Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan gua segera meninggalkan tempat itu. Gua sudah tiada selera untuk makan. Manusia memang memualkan nafsu makan gua.Sehina-hina masyarakat gua, masyarakat manusia lebih hina sebenarnya.


Sambil terbang, gua terfikir. Kenapa gua dituduh dengan bermacam-macam tomahan? Gua tidak pernah berak atas badan manusia tapi kenapa titik-titik hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi gua?.

Ironinya, bila tahi gua berada di penjuru bibir manusia, itu dikatakan manis ?

Gua rasa ini lah karya gua paling Agong

Kenapa bila manusia pening-pening dikatakan sebagai pening-pening gua? Kenapa gua dijadikan perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni bangkai? Sedangkan tahi gua dan kitaran hidup gua pada bangkai itu menjadi maklumat penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian manusia.

Kenapa ada juga perumpamaan 'lalat terbang dipipiskan lada' ?. Eh, itu burung, lu jangan nak tipu gua. Gua Bahasa Malaysia dapat 'A' tau. Begitulah buruk dan hodohnya gua pada mata manusia.Kadang-kadang gua pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi menyapu awan tapi gua tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan. Dengan sayap-sayap ini gua belajar erti kehidupan manusia. Walau gua cuma mampu hidup selama 40 hari dan sekiranya gua melangkaui 40 hari kemungkinan gua mampu hidup sehingga ke 100 hari. Itu hakikat kehidupan gua yang mungkin manusia tidak tahu.

Gua hanya mampu berdoa agar gua mampu hidup sehingga 100 hari dan gua cuba menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi. Tidak seperti kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya,gua masih di pandang hina dan bodoh.

Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Gua perlu mencari tempat yang nyaman untuk gua tenangkan fikiran.Bukan tempat yang terlalu sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu,gua mampu pengsan selama berpuluh-puluh hari dan gua hanya akan sedar sekiranya gua dipanaskan balik dengan sedikit haba. Gua terjumpa sebuah tempat yang berhawa dingin, sebuah bilik yang cantik.

Gua masuk dengan menumpang seseorang yang membuka pintu. Gua terbang dengan ceria sebab tubuh gua menjadi sedikit dingin terkena hembusan pendingin hawa. Gua terpandang sebuah komputer yang terbuka dan seseorang sedang mangadapnya dengan penuh konsentrasi. Gua singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak menyedarinya. Terlalu asyik dia. Gua cuba membaca apa yang terpapar pada skrin komputer.

Dem ! sebuah BLOG TIBA-TIBA MENANG ! HIKAYAT SEEKOR LALAT e ...terdapat sebuah catatan tentang seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca cerita pasal lalat? Tak ada kerja ke dia? Tak reti nak study ke final dah dekat? Apa dia tak sedar final menentukan masa depan dia ?.' bisik hati kecil gua.


Manusia, manusia...Lalu gua terbang meninggalkan dia yang masih lagi membaca catatan tentang seekor lalat.  Mungkin dia ingin tahu tentang ending cerita lalat.

Menarik sangat kah cerita seekor lalat?.

Entahlah....

...dan gua masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.

Epilog.


Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air Horlick gua pada usia 10 hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke 100 harinya. Mungkin itu sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga 100 hari mungkin dia sudah  menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya fikirnya yang tinggi, dia mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia.


HAR HAR HAR. Jangan marah lalat.

(kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia yang membaca cerita ini akan memandang ke belakang kerusinya dan mencari kot-kot ada lalat...)

4 ulasan:

  1. cool story there! made my day :)

    BalasPadam
  2. haha, aku suka kau, kreatif, dan aku ade tahi kau. kat pinggir bibir.

    BalasPadam
  3. karya mahal lu ada pada siti nurhaliza.
    Aku suka ni.
    Deep tak deep sangat, serius tak serius sangat.
    Ada inti.
    Thank you.

    BalasPadam
  4. berdarah aku bace.....bangkai!

    BalasPadam