Today :

30 Jun 2012

Siadurmaga

Ipoh 30 June - Seorang lelaki dijumpai sedang menghabiskan separuh harinya dengan tidur mati.Beliau bernasib baik terjaga akibat daripada pancaran mentari yang meyelinap masuk melalui kangkang tingkap kamarnya.

Beliau di katakan telah merancang untuk mengisi masa cutinya dengan aktiviti berfaedah seperti berlumba kereta,mencuci pistol,megasah senapang,memasak dan bermain ping pong.

Justeru itu,hal ini telah membawa kebimbangan kepada seluruh warga ipoh yang melihat pemuda harapan ipoh tidak dapat mencapai sasaran beliau dalam masa yang di peruntukan.

Sehubungan dengan itu,Pemuda itu langsung tidak menunjukan sedikit pun perasaan bersalah kepada masyarakat.Beliau di katakan masih belum mandi dan sempat lagi menghabiskan sisa waktu tengahari di depan komputer.

Lelaki dalam lingkungan 20-an itu langsung tidak mengambil iktibar daripada apa yang terjadi kepada pemuda-pemuda sebelumnya di mana kebanyakan mereka mendapat reaksi geleng kepada daripada masyarakat setempat.

Kini  beliau akan dapat lebih banyak reaksi geleng kepala daripada masyarakat umum apabila masyarakat mengetahui pekara ini dan  cuba menjatuhkan beliau dengan scandal pengurusan masa dan  displin.

Fenomena ini di namakan "siadurmaga". Siang tidur dan malam jaga.reti ?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan