Today :

06 Julai 2011

Siapa Hatta Hashim ?

Sejak beberapa hari yang lalu,pergerakan aku di pejabat sangat terbatas.Sejak kehadiran wanita baru di sektor pekerjaan aku.

Aku telah cuba lakukan beberapa pekara yang sebelum ini jarang di lakukan oleh aku di pejabat seperti ketawa tutup mulut,mengunakan perkataan "I" untuk kata ganti diri dan pekara paling ketara ialah aku sudah mula megenal waktu makan tengahari selepas jam 12.30 tengah hari.(aku kerap makan tengahari pada waktu pagi).

Oh ya,balik kepada perempuan tadi.Sehingga harini ini aku masih belum mengetahui latar belakang dan namanya.Tapi sesetengah orang mesti akan panggil dia dengan nada lembut kerana rupa parasanya yang agak separa ayu.(aku takut-takut juga dia baca blog aku).

Jadi aku terpaksa letak tune berbunyi pujian sedikit.

Sejak kehadiran dia.Aku jadi bukan aku.Faham tak?

Yang sebenarnya,dia mempunyai jelingan yang sinis.Jadi bila tenung wajah aku.Aku rasa

bersalah(walaupun muka aku pure innocent).Seolah-olah ada yang tak kena dekat aku.

Bila dia kerap memandang slap ke arah aku.Jadi fokus hidup aku terganggu.Aku sering merasa seperti bulu hidung terkeluar,terlupa tutup zip,dan memakai stokin warna putih(stokin sekolah).

Mula-mula aku cuba biasakan diri dan cuba berlagak cool.Tetapi aku silap.Lagi aku belagak cool.Dia lagi ketagih merenung aku.Sehingga satu tahap di mana aku terpaksa ke tandas untuk korek hidung atau membuat pekara normal yang kalian dapat buat tanpa rasa innocent.

Jadi setiap kali aku sedar dia merenung aku.Aku tak jadi tak normal.( macam awek cantik nampak balak hemsem naik kereta tak berbumbung).

Perlu ke aku beritahu pekara yang sebenar kepada dia?

Dan seperti yang dijangkakan, aku tak beritahu pun.

Tetapi misteri aku di perhatikan terjawab setelah aku menerima teguran dari dia di dalam lift.

"Thank you Hatta Hashim,next time bagi bunga lagi okey"

........aku terkedu.(2 kali aku periksa IC aku lepas keluar dari pintu lift).

Siapa Hatta Hashim ?Siapa nak bertanggung jawab ni?

Sila check IC masing-masing.Ada yang nak kena Stone Cold Stunner ni.

10 ulasan:

  1. yg kau duk usha2 die, die jadi perasan suda. walaupun kau bukan hatta hashim, hatta hafiz hashim sekalipun.


    bila org pandang slack kat kau,
    kau tempeleng die terus.

    maka insyaallah dia akan terus bertaubat dari terus menerus memandang slack ke arah kau,

    BalasPadam
  2. haaaaa!

    AKU cuma berharap dia berjumpa Hatta hashim dia dalam masa terdekat.

    muka aku ada macam hatta hashim ke?xde kan xde kan?

    seth tan tu.ade skit2.kah kah kah!

    BalasPadam
  3. adakah orang perempuan itu macik atau gadis?


    seth tan?? huh!

    BalasPadam
  4. sape sial hatta hashim ? dah mandi junub belom ?

    BalasPadam
  5. lain kali kau jawab je "you're welcome"

    BalasPadam
  6. sape tah pompuan tu? meh aku nak jumpe.. buat malu aku jer.. ish.. tak ngaku kaum laa..

    BalasPadam
  7. Kak Geli - aku rasa kadang2 nak panggil akak pn ada.

    Tikus _ aku dah cuba melalui email.Tapi masih gagal d kesan.

    Afro - aku akan jawab bila aku dlm keadaan mabuk shj.

    Fieza - Datang offis aku.Dekat jalan Bangsar.

    BalasPadam
  8. cube terai ko google hatta hashim tu sape....slalunye encik google ade jawapan...hurmm...ekceli aku baru je google td.tibe2 aku terase diri aku noob giler....

    BalasPadam
  9. kah3.. cuba ko carik kat facebook lak.. taip hatta hashim.. ekeke.. haru betul

    BalasPadam