Today :

09 April 2011

Aku ini Orang Indonesia Kalau ilmu Tak Penuh di Dada Takan Sampai ke Tengah Kota

Lowyat 8.30 Malam,

"Hati-Hati dengan perempuan cantik,kerana mereka akan merosakan kita dengan kecantikan mereka" tiba-tiba keluar dari mulut Abu.

Diselitkan dengan asap rokok tersedampar seribu senyuman yang tengelam dengan kepulan asap gudang garam.

Abu Dzar(Mungkin Nama Sebenar) menjentik putung rokok dari sedutan terakhir sambil melangkah mara kehadapan menuju jalan kehancuran.Sempat juga dia mengeluarkan telefon bimbit dari koceknya yang di ikat getah rapi.

"gampang,tak ada orang mesej gua.nampak sangat gua tak penting" lontaran suara Abu yang kasar kepada gua.

"Haha,lu watak sampingan manusia akhir zaman.Mana orang nak ambil port sangat" gua menjawab sambil megiringi perjalanan Abu di tengah lembah kota pesat pembangunan dan kehancuran.

"Kolompo ni tak best mane pun.Kata macam-macam ade.ade 1 benda gua cari tak jumpa-jumpa"Abu melontarkan pendapat sambil berkerut dahinya.

"Ah,apa yang tak ada? sini semua ada.Jalan pintu ke syurga ja tak ade.." gua berceloteh sambil ketawa sederhana terbahak-bahak.

"Haha...itu dah betul..Tapi dari tadi gua pegi kedai tanya semua tak ade " Abu tanya kini dengan nada serius.

"Biar betul ni,benda apa yang rare sangat ni? gua tanya dengan nada hairan .

"Rokok Batang".

******
Dekat situ juga gua jet Abu sampai muntah darah.Siapa ada rokok batang sila hulur!

7 ulasan:

  1. rokok batang? ape?

    BalasPadam
  2. tajuk ngan entry cm xde kaitan..haha..bahayala isap rokok :D

    BalasPadam
  3. rokok batang itu.rokok yang di jual sebatang-sebatang. tak jual dalam kotak.

    dekat kampong byk la.

    BalasPadam
  4. tahniah untuk perokok..hadiahnya CANCER..ok tak

    BalasPadam