Today :

04 Januari 2011

Dedikasi Dari Hati Turun ke Kaki


Gua betul-betul lupa nak tekan butang publish.Gua menulis pada 1/1/11 sebenarnya.Ini semua gara-gara buat kerja last minit.

*****

Sudah tiba masanya gua harus beri nafas baru dapat aspek kehidupan gua.Setelah gua buat review atau teknik imbas kembali pekara-pekara tahun lepas,gua rasa banyak tak boleh pakai dari boleh pakai gua buat.Dari sudut ekonomi pula,dari awal tahun hingga akhir tidak mencapai target jutawan seperti jualan jusmate 5.

Tahun lepas juga,banyak gua belajar erti bersabar dan bersyukur.Pasal jadi orang tak jadi orang tu belakang cerita.Antara gua dengan Tuhan.Sekarang gua kena rangka cantik-cantik jalan cerita gua tahun ni.Minta-minta jadi ikut track.Tak mudah terbabas macam bas dua tingkat.

Tahun ni juga gua kena banyakan aktiviti yang pakai air semayang.Dah lama gua nak buat benda ini.Harap-harap tahun ni menjadi.

Memandangkan sekarang gua sedang berada di kota seumpama semusim di neraka,aktiviti yang melibatkan air semayang memang bertambah sukar.Tambahan lagi majoriti penduduknya pula mempunyai bau-bau eksistensialis dan anarkis liar.Yang gua maksudkan di sini ialah paradoks golongan melayu yang sentiasa mahu selaraskan cara hidup sekular dalam diri mereka biarpun masih makan budu dan belacan.Ceh..

Tahun ini juga,gua kena banyak melepak dengan kawan-kawan lama yang banyak berjasa sebagai pelakon sampingan hidup gua.Biar pun mereka tak hemsem dan tak berjenis.Sekurang-kurangnya mereka ada di saat gua gembira dan gembira. Sedih belakang cerita.

Dedikasi gua yang terakhir ...

Rasanya tidak ramai yang sedar gua ialah penguna tangan sekunder.Iya,gua maksudkan tangan kiri atau lagi manis di panggil kidal.Harap-harap tahun ini gua boleh jadi terkenal dengan bermain guitar macam Kurt Cobain atau bermain snooker seperti Jimmy White tak?

Jangan Jawab.




7 ulasan:

  1. heh.kurt cobain siot..
    ape-ape pun,all the best yer lu..
    :D

    BalasPadam
  2. tingkatkan amalan mengambil air sembahyang ye..following yaww !

    Contest Fesyen Untuk Semua

    BalasPadam
  3. tingkatkan amalan mengambi air sembahyang ye..following yaww !

    Contest Fesyen Untuk Semua

    BalasPadam
  4. hohoh!! insyaAllah...james buns... mesti bolehnya...cume kene lawan sikit je...nafsu seerakah ko..hohoh!!!..insyaAllah..istiqamah..

    hak3!!!..aku nak kasi tahu ni..yg aku pun pengguna tegar tangan kiri..hohoh!!!

    BalasPadam
  5. Selepas gua baca 2 3 kali entire ini..berat gua ayat gua guna pakai untuk entire ni.kesian pembaca.

    kah kah kah.

    mukmin- care!

    BalasPadam
  6. pengguna sekunder ni banyak kelebihannya
    ehheee

    BalasPadam