Today :

18 Januari 2011

Sepetang Bersama Semilang

Betul ke apa kita buat ini ? Tanya Alang sambil megunyah karipap inti sardin hasil air tangan Mak Sue Merah.

Gua diam seribu bahasa.Di biarkan sahaja soalan itu berlalu.Fokus pacaindera gua hanya tertumpu kepada tapak projek.Gua cuba terapkan imaginasi kelas pertama walaupun pada usia kanak-kanak untuk membina sunway lagoon di persisiran pantai hanyalah khayalan semata-mata.

Okey sekarang kita cari plastik ".spontan dari mulut gua.Alang hanya megangguk sambil mogorek-gorek inti sardin yang terlekat di longkang gigi-giginya.

"Kali ini mesti kena jadi.Tak boleh tak jadi." tokok Alang lagi.

Gua hanya senyum tipis sambil memerhatikan keadaan air laut yang surut.Cuaca juga boleh di banggakan kerana salah satu faktor projek ini mungkin berjaya.Projek ini juga tidak menelan jutaan ringgit duit rakyat.Hanya perlu sedikit kemahiran menangkap ikan belacak dan skill megelak daripada di kepit ketam.

Petang itu,matahari yang suam-suam cukup sedap buat gua menangkap ikan.Banyak ikan yang kecundang di tangan gua.Macam-macam spesis yang belum terancam gua tangkap.Menangkap ikan di kawasan berselut ini tidaklah serumit menjala ikan atau memancing ikan.Lebih pada nasib sebenarnya.Hanya perlu belek-belek bahan buangan seperti tin milo,salur paip,jamban cangkung,dan barang-barang berprestasi ikan menumpang untuk dituang di atas pasir.Kalau ada rezeki ada la ikan.Kalau tiada rezeki menjawab la dengan ketam.

Dah siap belum?ikan dah banyak ni" tanya gua pada Alang.

Jap..Nak besarkan sikit lagi..senang nanti nak maintenance .." bingkas Alang sambil megorek-gorek tanah mengunakan tempurung.

Gua hanya memerhatikan kolam hasil tangan Alang.Berbakat juga rupanya walaupun design lebih kepada longkang rumah berbanding daripada sunway lagoon.Ikan yang di tangkap tadi sengaja di biarkan leka bermain di dalam tin milo kosong berisi air.Gua pandang muka Alang seolah-olah meyakinkan gua yang projek ini tidak akan terbekalai seperti yang lepas-lepas di pukul ombak jahat secara bertubi-tubi.

Tidak lama kemudian,titik peluh Alang membuahkan hasil.Kini,projek ini hampir siap hanya perlu melepaskan ikan kedalam kolam.Pasal deko-deko masa itu belum ada Eric nak bising-bising lagi.Jika tidak mesti banyak kompelin di buatnya.

Dengan penuh kegairahan Alang menuangkan ikan ke dalam kolam projek kami.Hanya kuntuman senyuman terpapar dari bibir masing-masing di sulami dengan tepuk bahu sesama sendiri tanda berpuas hati.Sepanjang kehidupan Alang, ini adalah kali pertama gua megaku dia adalah sedara gua.Sebelum ini semua projek di bawah kelolaanya semua tersungkur di pintu syurga.

"eh dah mati ke ikan tu ? tanya Alang pada gua.

Kelihatan seekor ikan berwarna hitam bersaiz tapak tangan sedang berenang secara gostan.Gua hairan,Alang megarahkan gua membuang ke laut.Gua tanpa berfikir panjang,menangkap ikan itu tanpa sebarang masalah.

Zap!.

Melekat ikan itu pada jari gua.Alang panik melihat darah mula megalir dari jemari gua.Terbeliak matanya.Gua kaget tidak terkata.Gua meronta-ronta menahan sakit di tepi laut.

Mata yang tadi cerah kini sudah mula berkaca merah.Ikan apa ni ? tanya gua dalam antonasi teriak.

"Ikan Semilang" jawab Alang sambil naik turun dada.

Mendengar penjelasan Alang, gua automatik menangis bersungguh-sungguh sehingga kehadiran suara gua menarik minat Nenek gua untuk turun ke tepi pantai memberi bantuan.Dalam suasana kelam kabut itu.Kelibat Alang sudah hilang dari pandangan mata gua.Gua mula kabur dan akhirnya di bawa ke Hospital.

Ekoran kejadian itu,gua terbaring di atas katil.Senja itu,dalam kesakitan yang baru reda..Gua lemah longlai tidak bermaya.Kelihatan Alang datang kearah gua dalam keadaan berpeluh-peluh sambil menghulurkan sesuatu.

Apa tu ? tanya gua gabra.

Plaster!..pakai ler.

Nasib tangan gua dah berbalut.Tidak gua ingat nk plaster je mulut dia.


*******

Rujukan : Dalam hidup ini gua sudah 2 kali kena sengatan ikan semilang.Itu tak kira berapa ekor pula ikan semilang yang gua sengat sampai sekarang.

11 ulasan:

  1. biasa arr nih...ada sorang tu..takdak PHD..sapa nama dia??..faizal?..Fazzlee..?...konfius aku..rileks jer..siap ada U dah skang...

    BalasPadam
  2. ramai gak kan zaman skang nie kes camnie...bhaya2...

    BalasPadam
  3. baca tajuk trus komen..what the hell.

    BalasPadam
  4. jahat betol ikan semilang 2 .

    bak sini .

    meh gua sengat dia sama .

    haha

    BalasPadam
  5. semilang ade sengat ea?knp aku tak tau..hihi, meh cni ikan tu..aku duku2 pale die

    BalasPadam
  6. wohooooooooooo. aritu hampir2 kene sengat ikan keli. huk huki. kal0 tak nanges den.

    BalasPadam
  7. jalan-jalan..kat sini..nak lepak..tapi tak bolehh...alang..komen sedikit..hohoh! kesian gak kat aku..sbb tak leh nak on9 sngt..tenet..punyelah lembab..tp takpe kesempatan yang ada ini...aku nak cakap...ko mmg manusia yg penuh dgn cerita....hehehe...apa2 pun...ikan sembilang itu...dah serasi dgn ko skunk..lepas nih..boleh r...bergurau senda sambit gigit2 dgn dia..hohoh!

    BalasPadam
  8. uit... ni rain dtg tgk sape ntah yg ngaku jd rebutan cewek2 tu hehe..

    join kay contest
    http://rainbowcloudy.blogspot.com/2011/01/contest-birthday-rainbow-cloudy.html

    ikot suka ah xnak letak baner pun, tp ayat2 cinta yg diperlukan tu mesti ah power kay kalu nk menang..

    btw, tengs be my fren ;)

    BalasPadam
  9. Elina - haha..semilang tak bersalah..
    Miera - kau kene tengok..baru tau..
    lolly - ikan keli mana ada style
    mukmin- xpe..cuti raya cina da dekat.
    rainbow - tak boleh bukak blog kau.

    BalasPadam
  10. adoi pnjang nya mukadimah..ok aku skip.jgn mrh ye
    semilang tu apa wey?gasing ka?

    BalasPadam