Today :

14 Disember 2010

Pegalaman Skodeng Bersama Alang

"Putih melepak cakap hang! .Besar dia..Perghh.!." suara Pendi sambil mendadak dada di hadapan gua.

Gua bagaikan di pukau seketika.Sama juga dengan Alang (hampir nama sebenar) sepupu gua masing-masing kagum dengan pegalaman Pendi petang semalam.Jam 12.00 tengahari.Hati gua tidak tenteram.Hanya kata-kata Pendi yang masih kuat bertapa di minda gua.Begitu juga Alang.Posisinya di bangku pun sudah mula berubah-rubah.Masing-masing gelisah menunggu loceng berdering.

Tepat jam 1.30 petang waktu tempatan.

Kring~ ( dibaca dgn 6 harakat ).

Gua berlari dengan menuju ke basikal jipang gua koleksi abah yang beli.Gua tidak hiraukan lori Hijau yang menyajikan milo percuma kegilaan budak-budak.Apa barang minum milo,macam budak-budak sekolah !

Pergerakan gua rupanya di hidu oleh sepupu gua.Tak sempat gua capai stering basikal gua.Alang sudah pun sedia duduk di belakang sambil tersengih kerang.

" Takkan nak pegi sorang kot..stim sorang-sorang nampak " celahnya menghangatkan lagi suasana.

" bodoh, diam-diam la..ramai-ramai senang kantoi " pintas gua.

Gua dapat rasakan Alang akan menjadi beban kepada diri gua atas faktor penumpang obes di seat belakang tanpa keledar keselamatan.Dengan berat yang mencecah paras merbahaya.Secara tidak langsung melambatkan pergerakan kami.

" dah fikir masak-masak ni ? " tanya Alang riang.

" Abis hang tak nak matang awal ke ? " jawab gua angkuh.

" ok bukan slalu kita pegi skodeng ni.Rugi la duduk Pangko tak amerika langsung la kalau tak tengok" balas Alang meyakinkan gua.

Berbekalkan baju sekolah berdaki dan seluar koyak di lutut.Gua gagahkan ke tapak destinasi.Gua punya pancit boleh tahan la.Pangko mana ada jalan stright.Semua nak bukit-bukit.Tapi itu tidak mematahkan semangat gua selaku budak sekolah paling advan era itu.

Perjalanan seharusnya megambil masa 30 minit dari sekolah ke destinasi.Ekoran bebanan yang di bawa.Perjalanan tersasar sehingga memakan masa 1 jam 10 minit.

Kedengaran bunyi ombak mehempas pantai menaikan lagi aroma dan keberanian kami.Di suntik lagi dengan angin lembut yang meramas kulit yang tadi dibasahi peluh-peluh kejahatan.

Tiada apa yang bermain di fikiran gua hanya terbayangkan rezeki yang terlentang di bawah sinaran matahari yang pasti produk dari oversea.Lokal-lokal tak main la.Tak sabar rasanya gua esok nak susun cerita cantik-cantik biar meleleh air liur si Pendi.Gua kena fokus tumpukan perhatian supaya esok ada modal nak eksyen dekat kutu-kutu sekolah.


Tiba di lokasi.

Alang seperti kena sawan babi.Dia menarik-narik koler baju gua dengan cemas.Sambil gerakan tangan menberikan signal supaya kami melarikan diri dengan kadar segera.Taktik licik apakah yang cuba di pertontonkan ini bisik hati gua.

Dia seolah-olah di rasuk makluk halus.Gua pun naik panik.Lebih kurang 10 meter dari lokasi.
Alang menjeling ke pintu pantai lokasi di mana arah tangannya menunjukan tepat pada arah sebuah motor keluaran Jepun yamaha SS110 dengan suara lantang.

"Blah! blah !..motor bapak aku tu! " .

Kami pulang dengan tangan kosong.

******

Esok gua gaduh dengan Alang sebab gua tak ada modal nak eksyen kat Pendi .Gua cerita nampak motor abah Alang di tempat skodeng!

18 ulasan:

  1. hahaha...tak leh belah....aku siap boleh bayang g..keadaan ko dgn si alang tuh..hak3!!!..terbayang budak obes naik basik dengna ko..tak leh belah...hak3!!!..gepak...en3 ko..nnt aku report bapak ko...kalu aku kenal lah...hak3!!!

    BalasPadam
  2. dapat taw dkt mak alang ni, mampos! XD

    BalasPadam
  3. abah alang skodeng dlu k kt ctu...?
    patut pun alang cmtu haha

    BalasPadam
  4. haha, blah motor bapak aku tu!

    BalasPadam
  5. tak kental la nak pergi skodeng macam ni.

    BalasPadam
  6. cerita kau memang tak boleh blah.

    BalasPadam
  7. gua x percaya baca sambil bayangkan cerita karut marut ni dari awal smpai abis. hahahaha... lu berbakat la bro. jd juara raja lawak xD

    BalasPadam
  8. boonto kau tak duduk pangkor.org bersantai telanjang dekat teluk tut..(cencored)...kah3..

    kau mana ada pegalaman skodeng.mostly cerita gua cerita berdasarkan hidup gua

    cerita-cerita gua semua pegalaman hidup dan gua petik dari persekitran sekeliling.

    kecuali dairi 2016..kan itu kisah akan datang.

    kah kah kah..

    BalasPadam
  9. james buns..takpe2...aku caye...sbb..mmg kat pangkor...org barat berpakaian mcm tuh....... kau anak pangkor..kol lebih tahu...continue to story yr life in this blog...aku tak sabar nak bace en3 terbaru kau...kalu pagi2..aku bukak dashbord pertama aku cari en3 ko r...bile bukak ko tak update..mcm kecewe..hohoh...

    BalasPadam
  10. kahkahkahkahkah.gle kentang la beb..

    BalasPadam
  11. sedihnya lah member, sampai sawan lak tuh, dah la sawan vavi punya! haha

    BalasPadam
  12. alhamdulillah seamat ko dari wat dosa :)

    BalasPadam